Keputusan Anugerah Broker ’21 telah keluar…

Jan 20, 2022

Ketukan dram sekarang……… pemenang untuk Anugerah Broker Tahun Ini yang menjadi rebutan ramai adalah… TradeStation!

Tahniah kepada TradeStation kerana memenangi hadiah utama — anda boleh melihat setiap pemenang untuk anugerah industri kedua kami disenaraikan di bawah, dan pada halaman Brokers Awards kami.

  1. Broker Tahun Ini — TradeStation
  2. Broker Paling Popular — OANDA
  3. Juara Sosial — FXCM
  4. Teknologi Paling Inovatif — ​​Capital.com
  5. Broker Pelbagai Aset Terbaik — TradeStation
  6. Broker Hadapan Terbaik — Tradovate
  7. Broker Forex Terbaik — OANDA
  8. Broker atau Pertukaran Kripto Terbaik — BingX

Kesemua pemenang-pemenang kami adalah broker yang tersedia secara sejagat, kami juga menambahkan satu anugerah prestasi istimewa untuk Broker Wilayah Terbaik, yang mana ianya dimenangi oleh Global Prime!

Seperti biasa — satu ucapan terima kasih besar-besaran kepada semua untuk semua maklum balas, penarafan dan ulasan. Seperti yang anda maklum, kami melakukan perkara-perkara sedikit berbeza di TradingView dan arahan utama kami adalah sentiasa mencipta dan menyediakan platform terbaik untuk keperluan dagangan dan pelaburan anda. 

Disebabkan ini kenapa anugerah-anugerah ini hanya diberikan kepada broker-broker yang dapat menunjukkan secara objektif bahawa mereka telah membekalkan anda dengan servis terbaik sepanjang 12 bulan lepas.

Anugerah-anugerah ini diberikan berdasarkan maklum balas dan ulasan anda, dengan tambahan informasi teknologi kami seperti keterlibatan, masa hidup platform dan lebih lagi, untuk memberikan anda satu pandangan yang boleh dipercayai tentang broker terbaik yang telah kami sepadukan bersama.

Dan berita yang menarik adalah kami merancang lebih, lebih banyak untuk 2022 — termasuk menambahkan lebih banyak broker yang boleh dipilih dan lebih banyak ciri-ciri untuk mencarta dan berdagang dengannya. 

Jika anda mahukan broker kegemaran anda untuk disepadukan, beritahu mereka supaya mereka boleh berhubung dengan kami.

LFTL,

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta