Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Apr 21, 2023

Salam dan hai semua!

Pasukan TradingView ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengguna-pengguna TradingView Malaysia yang beragama Islam.

Sepanjang Ramadhan yang mulia sebelum ini, pasukan kami yang berdedikasi masih bertenaga memperkenalkan dan menaiktaraf pelbagai alatan dan ciri-ciri baru. Kami harap ianya dapat memudahkan dan mempertajamkan kemahiran anda di dalam proses menganalisa carta untuk mencapai matlamat anda menjadi seorang pedagang professional.

Selain daripada itu, kami juga mempunyai banyak blog-blogidea dagangan dan idea pendidikan (semuanya di dalam Bahasa Malaysia) yang memberikan pelbagai tip-tip dan petua-petua hebat untuk dagangan yang mungkin anda tidak pernah sedari selama ini. Jangan lupa untuk membaca dan menyerap ilmu-ilmu yang diberikan ini walaupun sesibuk mana anda menziarahi rumah-rumah terbuka berhari raya sepanjang Syawal.

Sesambil anda memakan lemang, rendang dan tat nenas, menerusi TradingView anda masih boleh mengetahui mengenai keadaan pasaran tempatan dan sejagat dengan melayari carta-carta berkuasa kami menggunakan mana-mana peranti yang anda miliki di mana sahaja anda berada. TradingView berusaha untuk sentiasa terkehadapan di dalam perkongsian semua maklumat-maklumat pasaran tanpa anda perlu risau anda akan terlepas apa-apa berita pasaran yang penting sepanjang musim perayaan ini.

~Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta