Penyegerakan untuk carta-carta pilihan

May 22, 2023

Temui ciri super terbaru — penyegerakan carta-carta terpilih! Sekarang, apabila anda bekerja dengan beberapa carta dalam satu susun atur, anda boleh mengumpulkan mereka seperti yang anda ingini dan segerakkan. Kami harap ciri ini akan menjadikan pengalaman bekerja anda dengan TradingView menjadi lebih fleksibel dan selesa. Mari kita lihat bagaimana ia dilakukan di atas carta.

  1. Gunakan mod carta berganda (Pilih butang susun atur pada bar atas).
  2. Aktifkan segerakkan Simbol, segerakkan Selang, atau kedua-duanya sekali.
  3. Tambah carta-carta yang diingini ke dalam kumpulan dengan menandakan mereka dengan satu emoji dalam garisan Status atau menu konteks Siri: klik butang Segerakkan Carta dan pilih satu emoji dari senarai. Carta-carta yang ditandakan dengan emoji yang sama akan disegerakkan dengan parameter yang dipilih pada langkah 2.
  4. Untuk membuang satu carta dari satu kumpulan, hanya nyahaktifkan emoji.

Kami harap anda mendapati ciri baru ini berguna untuk anda. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penyegerakkan carta di dalam satu susun atur, sila layari Pusat Bantuan kami.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta