Beritahu pandangan anda tentang siapa yang dinobatkan sebagai pemenang broker terbaik tahun 2022

Dec 5, 2022

Masanya sudah kembali, tuan-tuan dan puan-puan: musim anugerah. Jadi, bentangkan permaidani merah dan berdandan rapi kerana sudah hampir tiba masanya untuk mengumumkan pemenang pada tahun ini, dan siapa yang masih memerlukan usaha lagi. Ya, betul, sekarang masa untuk Anugerah Broker TradingView 2022! 

Dalam masa tiga tahun dijalankan, pemenang-pemenang anugerah kami yang didambakan adalah ditentukan berdasarkan kepada maklum balas, penarafan dan ulasan daripada komuniti kami. Kami memulakan Anugerah Broker untuk melancarkan lagi misi kami dalam mencipta tempat pasaran pelaburan yang paling telus di dalam laman web. Satu tempat dimana pedagang dan pelabur seluruh dunia boleh mencari broker terbaik untuk keperluan peribadi mereka. Sambungkan akaun TradingView anda kepada broker kegemaran anda, berdagang terus dari carta dan tinggalkan ulasan supaya yang lain dapat melakukan perkara yang sama!

Adakah anda lebih kagum dengan broker tersambung anda tahun ini? Adakah mereka memberikan anda servis terbaik, akses dan teknologi pada tahun 2022? Pastikan anda menarafkan mereka dan memberikan mereka peluang untuk memenangi kedudukan broker terbaik tahun 2022. Proses semakan adalah mudah: cuma pergi ke halaman profil mereka di TradingView dan berikan maklum balas anda — baik atau buruk.

Pemenang-pemenang akan diumumkan pada bulan Januari 2023, jadi pastikan anda pergi dan undi broker kegemaran anda. Kuasa di tangan anda — gunakan sebaiknya.

Seperti biasa, ada lapan kategori untuk direbut:

  • Broker Terbaik Tahun Ini: Yang paling hebat, menguasai kedudukan teratas. Di mata kami dan anda, mereka yang terbaik antara yang terbaik pada tahun 2022
  • Broker Paling Popular: Gadis dan pemuda yang mempunyai lebih banyak sambungan daripada lapangan terbang LAX
  • Juara Sosial: Lebih popular daripada musim terkini Stranger Things, dengan masih kekal dalam keaslian
  • Teknologi Inovatif Paling Dipercayai: Broker teknologi yang sangat tajam sehingga mampu memotong berlian
  • Broker Pelbagai Aset Terbaik: Kerana kepelbagaian adalah rencah kehidupan 
  • Broker Hadapan Terbaik: Kumpulan inovatif ini mungkin merupakan masa hadapan untuk pasaran hadapan
  • Broker Forex dan CFD Terbaik: Jika mereka ini adalah mata wang, mereka adalah mata wang baru keluar dari bank negara
  • Broker Kripto atau Pertukaran Terbaik: Apabila anda telah berada dalam blok rantai selama mereka ini, hanya langit hadnya

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada TradingView, dan membantu menjadikan dunia dagangan dan pelaburan menjadi lebih baik.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta