TradingView melancarkan program Pendidikan

Dec 7, 2023

TradingView telah lama menjadi rakan kongsi kepada akademik dan kami terus mengembangkan usaha ini dengan melancarkan secara rasmi Program Pendidikan TradingView — atau — “TradingView Edu”. Filosofi kami adalah — tidak kira siapa anda atau apa yang anda mahu laburkan — cara terbaik untuk memberikan anda kelebihan adalah dengan bersedia, berlatih dan kemudian melakukannya. Ini adalah DNA TradingView.

Untuk menyokong misi ini, kami bukan sahaja memberikan analitik, pencartaan dan penyelesaian dagangan termaju untuk pedagang dan pelabur, tetapi platform pelaburan berkuasa, dan bekerjasama dengan universiti-universiti untuk menyokong pelajar-pelajar dan pendidik-pendidik mereka di seluruh dunia.

Tanya pelajar anda mengenai TradingView — anda mungkin akan terkejut.

Menerusi program Pendidikan kami, mereka akan mempunyai akses percuma kepada pelbagai alatan dan ciri meluas untuk masuk lebih dalam kepada dunia kewangan, termasuk:

  • Akses kepada ciri-ciri premium platform TradingView dan data pasaran;
  • Pemahaman asas mengenai konsep teras dalam analisa teknikal;
  • Demonstrasi dan dagangan kertas;
  • Penghasilan portfolio, visualisasi dan alatan pengurusan portfolio;
  • Komuniti dan alatan sosial untuk menyumbangkan idea kepada komuniti TradingView;
  • Sumber pendidikan bagaimana untuk membina carta dan papan pemuka;
  • Panduan untuk memahami pergerakan harga, memvisualkan rangka masa dan ketidakstabilan.

Ini merupakan hanya sebahagian daripada banyak ciri-ciri yang berada di hujung jari pelajar dengan bersama-sama pendidik, boleh mendapatkan manfaat dari program ini dengan menyepadukan TradingView kepada latihan-latihan praktikal, mencipta dan berkongsi contoh-contoh carta terperinci, mendapatkan data pasaran sejagat, menyimpan semua maklumat teknikal dan asas di satu lokasi pusat dan banyak lagi.

Jadi, daftarlah untuk program Pendidikan TradingView atau jika anda seorang pelajar, tanya penasihat atau ketua bahagian anda untuk melakukannya — apa yang diperlukan adalah hanya satu borang permohonan ringkas.

Daftar dalam program Pendidikan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta