June 21, 2019

TradingView menangani isu spam

Kami mendapati beberapa mesej daripada penipu dalam idea, komen dan perbualan. Mereka menyamar sebagai wakil rasmi bursa kripto dan cuba menipu pengguna untuk membuat deposit.

Harap maklum bahawa TradingView atau wakil rasmi bursa dan pengurus asset tidak akan menyuruh anda mengalihkan dana untuk menyertai undian atau pemberian hadiah.

Kami berusaha untuk mengelakkan kandungan ini daripada muncul dan melarangkan pesalah dengan sewajarnya.

Dalam usaha untuk menangani spam dan melindungi pengguna kami daripada penipu, kami telah memperkenalkan kekangan untuk beberapa tindakan social. Kekangan baru ini tidak akan membawa impak yang besar kepada pengguna aktif kami. Jikalau anda mendapati sesuatu yang boleh memberi kesan negative kepada pengalaman pengguna anda, sila hubungi moderator kami.

Terima kasih kerana memahami.