Dua cara baru untuk menyaring Pasangan Kripto

Oct 31, 2022

Penyaring Pasangan Kripto sekarang mempunyai dua penunjuk baru – “Volum 24j dalam USD” dan “%Perubahan Volum 24j”.

Volum dagangan ialah satu penunjuk yang bagus untuk kecairan dan kepopularan untuk setiap instrumen untuk pelabur/pedagang. Penunjuk “Volum 24j dalam USD” menunjukkan jumlah volum dagangan untuk instrumen/pasangan kripto ini untuk 24 jam sebelumnya dalam USD. Jika anda mahu mengetahui bagaimana volum dolar telah berubah, cuma tambahkan penunjuk “%Perubahan Volum 24j” kepada carta anda. Ia memaparkan perubahan peratusan di dalam volum sepanjang 24 jam lepas dan mungkin secara tidak langsung menunjukkan pergerakan pasaran.

Data volum 24-jam boleh dilihat:

  • Dalam Penyaring Pasangan Kripto dari set lajur lalai Gambaran Keseluruhan
  • Dalam tab Pasaran untuk simbol pasangan kripto yang anda berminat, di bawah set lajur lalai Gambaran Keseluruhan

Bagaimana untuk menggunakan ciri-ciri ini?

Di dalam Penyaring Pasangan Kripto:

  • Saring penunjuk berdasarkan kepada strategi anda:

  • Tambah penunjuk pada senarai Penyaring dan saring seperti yang anda kehendaki:

Untuk satu analisa yang lebih mendalam untuk satu syiling kripto tertentu, anda boleh melihat volum dagangan untuk token pada pertukaran berasingan menerusi tab Pasaran pada simbol yang anda minati. Untuk kemudahan anda, set lajur lalai Gambaran Keseluruhan adalah disaring secara lalai oleh penunjuk “Volum 24j dalam USD”.

Kami harap anda mendapati ciri yang sangat dipinta ini berguna seperti yang kami rasakan dan sila sentiasa hantarkan maklumbalas dan cadangan anda supaya kami boleh menjadikan platform ini sebaik yang mungkin. Kami membina TradingView untuk anda dan kami sentiasa berminat untuk mendengar pendapat anda.

Kami doakan anda mendapat banyak dagangan yang menguntungkan dan semua jenis permata baru berada di dalam portfolio anda!

Salam sayang,

TradingView anda.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta