Uniswap: versi baru — data baru

May 24, 2022

Untuk satu tempoh yang panjang, kami tidak berpeluang untuk mencerahkan pintu masuk komuniti dengan berita-berita menarik daripada dunia kewangan terdesentralisasi. Jadi kami fikir, mari kita baiki perkara ini.

Seperti yang anda telah tau — setahun lepas — satu versi baru untuk protocol Uniswaps, Uniswap v3, telah dilancarkan. Ia menggembirakan pengguna-pengguna dengan inovasi-inovasi berguna seperti kecairan tertumpu dan komisen fleksibel, dan juga menunjukkan bagaimana pertukaran terdesentralisasi inovatif dan asli boleh menjadi. Dan sekarang anda boleh mencuba semua kebaikan-kebaikan versi terkini Uniswap di TradingView, kerana kami telah menambahkan datanya pada blok rantai Ethereum, Polygon dan Arbitrum.

Seperti biasa, akses kepada data baru, anda hanya perlu memasukkan awalan yang sesuai ke dalam kotak carian: UNISWAP3ETH:, UNISWAP3POLYGON: or UNISWAP3ARBITRUM:

Setiap hari kami bekerja untuk menjadikan platform kami lebih bagus dan lebih banyak data tersedia untuk anda, dan maklum balas anda sangat membantu kami — sila teruskan berkongsi.

 Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta