Data dikemas kini untuk niaga hadapan B3: gunakan harga penyelesaian pada carta, pelarasan belakang dan Open interest

Nov 15, 2023

Di TradingView, kami mahu memastikan anda mendapat nilai maksimum dari data pasaran yang tersedia di platform kami. Untuk mencapai tujuan ini, kami telah menambahkan data baharu dan menambah baik suapan berintegrasi secara konsisten. Pada hari ini, kami mahu mempersembahkan beberapa kemas kini untuk data niaga hadapan dari B3, salah satu daripada bursa sejagat yang terkemuka.

Harga penyelesaian

Sekarang anda mempunyai fleksibiliti untuk menukar antara harga Penyelesaian dan harga Akhir sebagai nilai penutup untuk kontrak. Anda boleh melakukan perkara ini hanya dengan menekan butang TETAPKAN yang terletak pada bahagian bawah carta atau memilih pilihan Guna penyelesaian sebagai penutup pada pilihan selang harian dalam tetapan.

Harga Penyelesaian adalah satu nilai yang ditentukan oleh bursa pada penutup setiap hari dagangan, ia didasarkan kepada purata akhir permintaan dan penawaran. Bertukar di antara harga Penyelesaian dan harga Akhir boleh membantu dalam memahami dengan lebih baik keuntungan dan kerugian dalam posisi anda. Akan tetapi, adalah penting untuk diketahui bahawa harga penyelesaian tidak ditunjukkan pada selang intrahari. Ketahui lebih lanjut mengenai harga Penyelesaian dan harga Akhir dalam artikel ini.

Pelarasan belakang

Satu lagi ciri penting yang sekarang tersedia untuk niaga hadapan B3 adalah pelarasan belakang. Ia membenarkan anda untuk melaraskan belakang kontrak sebelum ini dalam hadapan berterusan, menghapuskan roll gap yang terjadi dari perbezaan harga dalam kontrak-kontrak berlainan. Untuk mengakses ciri ini, gunakan butang B-ADJ pada bahagian bawah carta atau pergi ke tetapan dan aktifkan kotak semak Laras untuk  perubahan kontrak. Anda boleh membaca lebih lagi mengenai Pelarasan belakang di Pusat bantuan kami.

Open interest

Akhir kata, kami memperkenalkan keupayaan untuk menjejak nilai Open Interest untuk niaga hadapan B3. Metrik ini menunjukkan jumlah kontrak derivatif yang masih tertunggak menanti penyelesaian, ia memberikan gambaran berguna kepada penilaian niaga hadapan. Untuk melihat data ini, pergi ke menu Penunjuk, Metrik & Strategi dan pilih penunjuk Open Interest.

Penambah baikan ini kepada data B3 adalah direka bentuk untuk memudahkan analisa pasaran hadapan anda. Jangan lupa B3 adalah satu dari banyak lagi dan platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta