Bursa Saham Vienna membawakan saham, indeks, dana dan data lainnya ke TradingView

Aug 7, 2023

Keputusan termaklum memerlukan sebanyak mungkin data yang ada, dan ini adalah sememangnya apa yang kami cuba berikan kepada pengguna kami. Pada hari ini, satu lagi rakan kongsi terkemuka telah menyertai penyedia data kami — selamat datang kepada Bursa Saham Vienna dan data serba bolehnya untuk saham, indeks, dana dan banyak lagi instrumen lain.

Bursa Saham Vienna merupakan salah satu daripada bursa tertua di dunia, telah wujud semenjak tahun 1771. Pada hari ini, lebih dari 250 tahun kemudian, ia menjadi lebih daripada satu pasaran: dengan teknologi dan perkhidmatan canggihnya, ia mengendalikan bursa saham Prague, memberikan infrastruktur kepada bursa Eropah lain (di Budapest, Ljubljana, dan Zagreb), dan berusaha untuk menguatkan pendidikan kewangan dalam wilayahya dengan menganjurkan bengkel dan seminar setiap tahun.

Bursa ini membekalkan kecairan dan kebolehlihatan kepada syarikat-syarikat tersenarai, manakala pelabur mendapat akses kepada pasaran kewangan sejagat termasuk juga pasaran tempatan: untuk membantu pemain pasaran menganalisa pasaran tempatan, bursa ini melancarkan indeks utamanya, Austrian Traded Index (ATX). Pada hari ini, bursa ini menyenaraikan 817 syarikat dan terus menambahkan lagi.

Dan sekarang, data dari Bursa Saham Vienna boleh diakses di TradingView: buka carian simbol, taip awalan “VIE:”, dan lihat semua saham, indeks, dana, bon, resit depositori dan waran yang tersedia untuk analisa.

Data ini sudah semestinya akan menjadi berguna untuk penyelidikan pasaran sejagat anda. Jika tidak, beritahu kami dan kami akan cuba menambahkan lagi — semua ini untuk memastikan anda bersedia untuk satu analisa komprehensif.

Dan jangan lupa bahawa Bursa Saham Vienna adalah satu daripada banyak lagi. Platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta