Niaga hadapan Bursa Saham Warsaw dikemas kini untuk memaparkan harga penyelesaian, pelarasan belakang dan Open interest

Dec 12, 2023

Bursa Saham Warsaw (GPW) sudah pun menjadi rakan kongsi kami, menyediakan data saham, dana, niaga hadapan dan indeks kepada pengguna TradingView. Pada hari ini, kami mempersembahkan satu naik taraf kepada data niaga hadapannya yang bertujuan untuk mencipta lebih banyak peluang untuk penyelidikan pasaran niaga hadapan anda.

Harga penyelesaian pada carta

Sekarang anda boleh mempunyai pilihan untuk menukar di antara harga Penyelesaian dan Akhir sebagai nilai tutup kontrak. Untuk membuat pertukaran ini, hanya klik butang “TETAPKAN” yang terletak pada bahagian bawah carta atau pilih kotak “Guna penyelesaian sebagai penutup pada selang harian” dalam tetapan.

 

Harga Penyelesaian, ditentukan oleh bursa pada akhir hari dagangan menggunakan purata akhir pinta dan bida, memberikan pandangan lebih jelas kepada keuntungan dan kerugian untuk posisi anda. Tetapi, anda perlu ingat bahawa harga penyelesaian tidak ditunjukkan dalam selang intrahadi. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai harga Penyelesaian vs Akhir, rujuk kepada artikel ini.

Pelarasan belakang untuk kontrak sebelumnya

Anda sekarang mempunyai keupayaan untuk melaras belakang kontrak sebelumnya dalam hadapan berterusan Bursa Saham Warsaw, dan sekaligus membuang roll gap yang terjadi daripada variasi harga merentasi kontrak-kontrak berlainan.

Untuk mengaktifkan ciri ini, hanya gunakan butang “B-ADJ” yang terletak pada bahagian bawah carta atau pilih kotak semak “Laras untuk perubahan kontrak” dalam tetapan. Anda boleh sentiasa merujuk kepada Pusat bantuan kami untuk maklumat lanjut.

Open interest

Yang terakhir, kami telah memperkenalkan kefungsian untuk memantau nilai Open Interest untuk niaga hadapan. Ciri ini memaparkan kiraan kumulatif untuk kontrak derivatif tertunggak yang masih belum diselesaikan, memberikan satu alat berguna untuk penilaian niaga hadapan yang lebih menyeluruh. Untuk mengakses maklumat ini, pergi ke menu Penunjuk, Metrik & Strategi dan pilih penunjuk Open Interest.

 

Kami harap penambah baikan kepada data GPW ini akan membantu anda mendapatkan lebih pemahaman dan melakukan keputusan lebih termaklum dalam pasaran hadapan. Jangan lupa bahawa GPW adalah satu daripada banyak lagi. Platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta