October 27, 2020
Moderator TradingView – Adakah anda berminat?

TradingView merupakan rangkaian pedagang, pelabur,dan peserta pasaran yang berkongsi maklumat antara satu sama lain dan juga meningkatkan ilmu orang lain. Moderator merupakan ahli yang penting dalam komuniti TradingView yang telah mendapat kepercayaan daripada ahli-ahli dan kakitangan TradingView. Mereka didorong untuk menyumbang kepada komuniti dan juga mempunyai idea-idea pelaburan yang baik. Mereka aktif membantu orang lain dan menjadikan TradingView rangkaian pelaburan yang terbaik di luar sana.

Kami berusaha untuk memperluaskan rangkaian sukarelawan kami dan menguatkan pasukan penyederhaan kami. Jika anda memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Telah membina reputasi yang baik untuk anda sendiri di TradingView dengan berkongsi kandungan berkualiti yang dapat membantu pengguna-pengguna lain.

► minimum 50 idea diterbitkan yang mempunyai analisis dan huraian idea yang baik
► purata 5 suka(like) setiap terbitan
► Lebih daripada 300 pengikut

  • Suka berinteraksi dengan orang lain secara positif dan pada masa yang sama mematuhi peraturan dalaman dan menghargai pandangan orang lain dan berkongsi pandangan secara membina
  • Mempunyai sejam setiap hari untuk membantu komuniti dan melakukan kerja penyederhanaan.
  • Merupakan ahli TradingView yang dihormati untuk lebih daripada 6 bulan dan mempunyai pelanggaran peraturan dalaman yang minimum.
  • Fasih dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
  • Mempunyai pengetahuan perdagangan yang umum

Adakah anda berminat? Sebagai seorang moderator, anda boleh mendapat manfaat seperti berikut

  • Anda dapat mengetahui lebih awal ciri-cri baru yang kami laksanakan, yang sedang diusahakan dan juga pelan masa hadapan kami. Sudah tentu, anda juga diberi peluang untuk menyertai perbincangan tentang masa depan TradingView dan menguji ciri-ciri baru.
  • Kebolehlihatan yang lebih tinggi untuk profil anda: moderator dapat dilihat oleh lebih banyak pengguna, jadi anda mendapat lebih banyak pendedahan seperti dilihat, suka dan interaksi dengan idea anda.
  • Hadiah untuk mereka yang mempunyai prestasi baik: moderator teratas kami menerima hadiah esklusif TradingView seperti kemeja T, cawan dan lain-lain lagi.
  • Akaun Premium percuma: akaun TradingView yang mempunyai semua ciri yang boleh membantu anda menjadi pedagang  yang lebih baik.
  • Data langganan tambahan .
  • Banyak lagi akan ditambah pada masa hadapan – penerbangan percuma ke bulan?

Masih tidak pasti? Anda boleh mencari maklumat lanjut tentang moderator kami di sini. Sila hubungi salah satu moderator aktik kami di halaman tersebut dan pelajari lebih lanjut.

Pendaftaran dibuka mulai hari ini.: https://forms.gle/bsdGF1hw64wc3Epq6

Kami berharap untuk menerima pendaftaran anda. Jika anda dipilih, kami akan menghubungi anda.

Pasukan TradingView

 

Cara terpantas untuk mengikuti pasaran

Lancarkan Carta