Kami Telah Mengemaskinikan Peraturan Dalaman Kami

Sep 3, 2020

Platform kami sentiasa berubah dan juga penggunaannya. Peraturan dalaman kami telah dikemaskini supaya selaras dengan perubahan tersebut dan juga memudahkan untuk ahli-ahli mempelajari tentang peraturan TradingView,etiket dalam bilik sembang dan kualiti yang diperlukan untuk idea dan skrip.

Untuk bermula, sila kunjungi halaman Peraturan Dalaman Umum kami untuk mempelajari asas untuk menjadi ahli yang dihormati. Dari sana, pautan kepada halaman Pusat Bantuan kami akan memberi panduan kepada anda untuk peraturan tertentu dengan lebih terperinci:

Untuk melawan spam dan reputasi “boosting”, kami telah memperkenalkan beberapa penyelesaian:

  • Algoritma reputasi yang baru dan lebih adil;
  • Mengehadkan bilangan tanda suka ataun komen yang dapatkan diberikan oleh seseorang; dan
  • Peraturan yang membolehkan kami mengambil tindakan terhadap pengguna yang menyalahgunakan sistem reputasi atau melakukan spam.

Harap maklum anda mesti memahami Peraturan Dalaman sebelum menggunakan TradingView, jadi pastikan anda mengunjungi halaman Peraturan Dalaman baru kami dan membaca dengan teliti. Ia akan membantu anda mengelakkan penyederhanaan dan menjadi komuniti tempat yang lebih baik. Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi salah satu moderator kami. Mereka akan membantu anda dan kami mengalu-alukan maklum balas anda.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta