Pemberitahuan kini boleh dihantar kepada lebih daripada 1000 aplikasi yang lain

Aug 21, 2019

Webhook telah ditambahkan kepada pemberitahuan TradingVIew, di mana yang ia membuka peluang integrasi yang tidak terhad dan membawa pemberitahuan TradingView ke tahap yang lebih tinggi. Contohnya, dengan menggunakan webhook dan Zapier.com, anda kini boleh menghantar maklumat pemberitahuan yang diaktifkan ke Slack, Twitter dan ribuan platform yang lain. Dengan menyambung kepada aplikasi seperti 3commas, Instabot Trader atau Alertron, ia juga membuka peluang kepada perdagangan berdasarkan algoritma(algotrading) kerana pemberitahuan kini boleh dihantar dalam masa beberapa saat.

Ciri webhook boleh diaktifkan semasa anda mencipta pemberitahuan. Tambahkan URL yang betul untuk aplikasi anda dan kami akan menghantar permintaan POST sebaik sahaja pemberitahuan diaktifkan, dengan deskripsi pemberitahuan dalam kandungan mesej.

Tooltip biru menunjukkan senarai alamat IP yang kami akan guna untuk menghantar permintaan POST, sekiranya mereka memerlukan kebenaran. Ciri ini hanya tersedia kepada pengguna berbayar sahaja.

Terima kasih kerana memilih TradingView dan kami mengalu-alukan maklum balas dan cadangan anda!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta