deanmentari

PENDIDIKAN - CORAK PATEN DALAM SATU KITARAN GELOMBANG ELLIOT -

Education
MYX:KAB   KINERGY ADVANCEMENT BERHAD
PENDIDIKAN CORAK GELOMBANG ELLIOT

CORAK PATEN DALAM KITARAN GELOMBANG ELLIOT


Ini adalah corak-corak paten yang kerap berlaku di dalam satu kitaran Gelombang Elliot.

1. Gelombang besar Satu Impuls - Corak Pepenjuru Awal (Leading Diagonal -12345)-3-3-3-3-3

2. Gelombang Besar Dua Pembetulan - Corak Zigzag ABC -5-3-5 @ Rata (Flat ABC -3-3-5) @ Kombo berganda WXY -

3. Gelombang Besar Tiga Impuls - diadalamnya terdapat juga Gelombang Kecil & Subkecil impuls - corak Zigzag ABC -5-3-5 @ Rata (Flat ABC -3-3-5) kerap berlaku di gelombang kecil
/Subkecil 2 dan Corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) & Rata (Flat ABC -3-3-5) kerap berlaku di Gelombang Kecil/Subkecil 4.

4. Gelombang Besar 4 pembetulan - kekerapan Corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) & terdapat beberapa kes corak Rata (Flat ABC -3-3-5)

5. Gelombang besar Lima Impuls - Corak Pepenjuru Akhir (Ending Diagonal -12345)-3-3-3-3-3.

6. Gelombang Besar A Pembetulan - Corak Pepenjuru Awal (Leading Diagonal -12345).-3-3-3-3-3.

7. Gelombang Besar B - Corak Zigzag ABC -3-3-3.

8. Gelombang Besar C - Corak Pepenjuru Akhir (Ending Diagonal -12345).3-3-3-3-3

Nota Peringatan Penting :

*Setiap terjadinya Corak Paten Gelombang Pembetulan maka selepas itu akan berlakunya Gelombang Impuls iaitu menaik.

*Peraturan pengantian (Rules of Alternation)
kerap berlaku di Setiap Gelombang kecil/besar 2 & 4 iaitu jika gelombang kecil/besar 2 Corak paten “Mudah@Simple” atau tempoh masanya pendek , maka Gelombang kecil/besar 4 akan menjadi corak paten “Sukar@kompleks” atau tempoh masa pengundurannya menjadi panjang & lama dari gelombang kecil/besar 2. Ianya akan berlaku sebalik bergantian samaada gelombang kecil/besar 2 ‘Sukar@kompleks” maka Gelombang kecil/besar 4 akan menjadi “mudah@simple”. ini adalah kejadian semula jadi.

*Bagi penganggaran kenaikkan gelombang corak Impuls adalah dengan mengunakan alat Fibonancci Extension kerana ianya akan memberi tahap rintangan kuat 61.8%, 100% & 161.8% dan sasaran kerap berlaku di tahap 161.8% -200%.

*Tiada yang mudah dalam pembelajaran Gelombang Elliot kecuali anda semua kerap melakukan Latihan dengan mematuhi setiap peraturan dan panduan gelombang Elliot.

*Pengunaan Indikator RSI (9) juga dapat membantu dari segi pengesahan pembentukan corak-corak paten dengan melakar secara terperinci di garis indicator RSI tersebut dan meletak label gelombang ABC atau ABCDE sebagai pengesahan corak paten tersebut.

Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .

Peringatan :
Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .


Dean Mentari




Disclaimer

The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.