Menggunakan Pengesahan 2-Faktor untuk Melindungi Akaun Anda.

May 6, 2020

Kami sentiasa bekerja keras untuk memastikan akaun anda selamat. Jika anda ingin meningkatkan keselamatan akaun, anda digalakkan menggunakan pengesahan 2-faktor yang baru diperkenalkan di platform kami. Selain kata laluan, proses ini membolehkan anda memasukkan kod daripada peranti seperti telefon bimbit. Dengan menggunakan ciri ini, anda memaksimumkan perlindungan anda daripada akses yang tidak dibenarkan.

Kaedah ini amat efektif untuk melindungi akaun and walaupun kata laluan anda dicuri sebab ia tidak mencukupi untuk penceroboh mendapatkan akses.

Anda boleh membolehkan pengesahan 2-faktor dengan ergi ke tab Sekuriti anda dalam tetapan profil anda. Untuk maklumat lanjut, sila semak grafik di bawah

Terdapat 2 cara untuk mendapatkan akses kepada kod:

  1. Melalui aplikasi pengesahan seperti Google AuthenticatorDuo MobileMicrosoft Authenticator, atau Authy.
  2. Mesej SMS

Kami mencadangkan untuk menggunakan aplikasi pengesahan kerana mereka merupakan pilihan yang lebih selamat dan dipercayai. Mesej SMS mungkin tidak dapat mencapai sesetengah negara dan mungkin berlaku kelewatan penghantaran.

Jika anda tidak mempunyai akses kepada telefon mudah alih, anda juga boleh menggunakan kod sandar sekali yang dijana secara automatik selepas mengaktifkan pengesahan 2 faktor. Sila simpan kod ini dan simpan dengan baik supaya anda tidak kehilangan akses kepada akaun anda.

Berikut ialah contoh kod seperti dalam tetingkap timbul(pop-up) kami.

Kami mencadangkan anda mengaktifkan pengesahan 2 faktor untuk meningkatkan perlindungan akaun anda. Untuk kaedah lain untuk melindungi akaun anda, sila semak di sini.

Terima kasih kerana memilih TradingView.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta