Institutional Stock Exchange (BIVA) sekarang di TradingView

Feb 2

Kami telah menambahkan satu lagi sumber data bernilai kepada platform — selamat datang Institutional Stock Exchange, bursa saham kedua di Mexico. Ia telah membawa data saham dan dana untuk analisis lebih mendalam untuk pasaran sejagat.

BIVA memulakan operasi pada tahun 2018, dan dari permulaannya, telah menetapkan sasaran untuk menyumbang kepada pertumbuhan lanskap bursa saham. Menerusi komitmen kepada inovasi, teknologi canggih dan kebolehcapaian dipertingkatkan, ia mensasarkan untuk menarik spektrum peserta yang lebih meluas.

BIVA melengkapkan kewujudan Bolsa Mexicana de Valores dengan mendagangkan ekuiti, hutang, waran, dan instrumen Mexico khusus seperti CKD dan FIBRA. Semenjak penubuhannya, ia juga telah bekerjasama dengan FTSE Russell untuk mencipta indeks moden dan inklusif, memberikan gambaran pasaran saham Mexico dan segmennya yang pelbagai.

Pada hari ini, BIVA menjadi satu lagi rakan kongsi TradingView yang menyediakan data pasaran untuk membantu sebanyak yang mungkin dalam penyelidikan pasaran anda. Anda sekarang boleh mengakses saham dan dana yang didagangkan pada BIVA terus dari carta anda: hanya taip awalan “BIVA:” dalam carian simbol untuk melihat semua aset yang ada.

Kami harap data baharu ini memudahkan analisa pasaran sejagat anda. Jangan lupa bahawa BIVA adalah satu daripada banyak lagi. Platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta