Data hadapan Eurex telah dikemas kini: harga penyelesaian pada carta, pelarasan belakang, dan Open interest sekarang sudah tersedia

Jul 24, 2023

Sentiasa ada ruang untuk penambah baikan, dan pernyataan ini juga benar untuk data. Di TradingView, kami mahu anda menggunakan sepenuhnya data pasaran yang anda temui pada platform; disebabkan itu kami terus melakukan penambah baikan walaupun selepas selesai proses integrasi. Pada hari ini, kami memperkenalkan beberapa kemas kini untuk data hadapan dari Eurex, sebuah bursa derivatif Eropah yang terkemuka.

Harga penyelesaian

Anda sekarang boleh menukar di antara harga Penyelesaian dan Akhir sebagai nilai penutup untuk kontrak. Untuk melakukan ini, hanya tekan butang “TETAP” pada bahagian bawah carta atau pilih kotak semak “Gunakan penyelesaian sebagai penutup pada selang masa harian” dalam tetapan.

Harga Penyelesaian adalah dikira oleh bursa pada penghujung satu hari dagangan berdasarkan kepada purata bida dan tawar akhir. Ia membantu anda memahami dengan lebih baik keuntungan dan kerugian posisi anda, tetapi ambil maklum bahawa harga penyelesaian tidak ditunjukkan pada selang intrahari. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai harga Penyelesaian lawan Akhir dalam artikel ini.

Pelarasan belakang

Sekarang anda boleh melaras belakang kontrak sebelumnya dalam hadapan berterusan Eurex — ini akan membuang roll gap yang terjadi disebabkan perbezaan harga untuk kontrak berlainan.

Ciri ini boleh diaktifkan dengan butang “B-ADJ” pada bahagian bawah carta atau tetapan dalam kotak semak “Laraskan untuk perubahan kontrak”:

Anda boleh mendapatkan lebih maklumat mengenai Pelarasan belakang di dalam pusat Bantuan kami.

Open interest

Akhir sekali, kami telah menambahkan keupayaan untuk menjejak nilai Open interest untuk hadapan Eurex — ia menunjukkan jumlah bilangan kontrak derivatif tertunggak yang masih belum diselesaikan dan akan membantu anda menilai niaga hadapan dengan lebih baik. Untuk melihat data ini, buka menu Penunjuk, Metriks & Strategi dan pilih penunjuk Open interest.

Semua penambah baikan ini kepada data Eurex adalah bertujuan untuk membantu anda menjadikan analisa pasaran hadapan anda menjadi lebih tepat dan efektif. Beritahu kami jika mereka berjaya membantu anda dengan berkongsi maklum balas anda. Dan jangan lupa bahawa Eurex adalah satu daripada banyak lagi. Platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta