Satu naiktaraf Atas Meja TradingView telah tiba — temui pengurusan tema dalam aplikasi dan tab boleh disesuaikan

Jun 24, 2022

Atas Meja TradingView 1.0.10 telah tiba ya semua! Dan kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa aplikasi kami sekarang mengekalkan penampilannya mengikut tema sistem operasi anda dan membenarkan anda untuk menyesuaikan tajuk tab juga. Dua ciri-ciri ini merupakan ciri-ciri yang paling dipinta dari kami — teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Atas Meja TradingView menggunakan tema warna yang ditetapkan pada profil pengguna TradingView. Ia tidak berjalan dengan lancar untuk mereka yang mahukan aplikasi untuk kelihatan berbeza daripada TradingView di dalam penyemak seimbas mereka. Ada juga permintaan untuk menyokong ciri macOS yang menukar penampilan sistem operasi UI berdasarkan kepada tetapan Pertukaran Malam. Sekarang ianya tersedia di dalam kemas kini kali ini. Kami menambahkan tetapan Tema kepada aplikasi dan menetapkan pilihan lalainya untuk padan dan mengikut tema sistem operasi anda. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai tetapan baru ini di dalam Pusat Sokongan kami.

Sekarang kita pergi ke tajuk-tajuk tab boleh disesuaikan. Kami mendapati ada di antara anda yang lebih suka melihat satu nama susun atur pada tab dan bukannya pada satu simbol ticker kerana ianya boleh menjadi lebih bermaklumat. Bayangkan satu persediaan di mana anda mempunyai satu susun atur berbeza untuk setiap jenis aset yang anda dagangkan. Dalam kes ini, anda mahu melihat tab-tab anda dengan tajuk seperti Kripto, Saham AS, FX dll. Sekarang, ia adalah terpulang kepada anda bagaimanakah tab anda akan kelihatan — anda boleh menyesuaikannya di dalam Tetapan.

Ini bukannya semua yang tersedia dalam keluaran kali ini. Baca senarai penuh penambahbaikan dan pembaikan pepijat di Reddit.

Kami harap anda menyukai kemas kini baru ini, tetapi jangan teragak-agak untuk memberitahu kami apa yang anda fikirkan mengenai kemas kini ini dan aplikasi itu sendiri — Twitter dan subreddit kami merupakan tempat terbaik untuk maklum balas.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta