Penunjuk margin di Penyaring Saham

Mar 14, 2023

Penyaring Saham kami sekarang mempunyai satu kumpulan baru penunjuk — “Penunjuk Margin”, yang mengandungi penunjuk-penunjuk asas popular seperti Margin kasar, Margin kendalian, Margin bersih, Margin aliran tunai bebas dll.

Bagaimana menggunakannya?

Dengan membandingkan metrik-metrik ini merentasi beberapa syarikat dalam industri yang sama dan dalam satu rangka masa tertentu, pelabur boleh mendapatkan gambaran keseluruhan yang berguna mengenai prestasi kewangan syarikat dan industri, termasuk juga mengenalpasti arah aliran dalam kecekapan perniagaan syarikat dari semasa ke semasa.

Margin kasar ialah ukuran keuntungan yang menunjukkan peratusan hasil selepas ditolak kos barangan. Satu margin kasar yang tinggi menunjukkan bahawa sesebuah syarikat mengeluarkan barangan atau perkhidmatan secara efisien dan mungkin mempunyai kuasa harga, manakala margin kasar yang rendah mungkin menunjukkan bahawa sesebuah syarikat itu sedang mengalami masalah untuk mengawal kos atau sedang menghadapi persaingan yang menyebabkan harganya menurun.

Margin kendalian ialah satu ukuran keuntungan yang menunjukkan peratusan hasil selepas ditolak kos boleh ubah pengeluaran seperti gaji, bahan mentah atau sewa, tetapi sebelum membayar faedah dan cukai. Satu margin kendalian yang tinggi atau makin menaik dari masa ke semasa menunjukkan pengurusan efektif dalam peruntukan sumber dan penjanaan keuntungan kendalian, manakala margin kendalian yang rendah mungkin menunjukkan kegagalan pengurusan dalam kawalan kos syarikat dan pertumbuhan syarikat yang lemah.

Margin keuntungan bersih atau margin bersih ialah satu ukuran keuntungan yang menunjukkan peratusan hasil selepas ditolak semua kos, termasuk cukai, faedah dan susut nilai. Satu margin bersih yang tinggi menunjukkan syarikat itu mampu untuk menjana keuntungan yang ketara selepas mengambilkira semua perbelanjaan, yang bermaksud satu petunjuk positif untuk pelabur.

Margin aliran tunai bebas ialah satu nisbah prestasi yang mengukur aliran tunai bebas relatif kepada hasil. Syarikat dengan margin aliran tunai bebas yang tinggi mungkin menjadi lebih menarik kepada pelabur kerana mereka mempunyai keupayaan untuk menjana lebih tunai dan melabur di dalam perniagaan mereka, dan pada masa yang sama memulangkan tunai kepada pemegang saham menerusi dividen atau belian semula saham.

Nisbah jualan, umum dan pentadbiran (SG&A) mengukur bahagian dari perbelanjaan jualan, umum dan pentadbiran relatif kepada hasil.

Nisbah penyelidikan & pembangunan (R&D) megukur bahagian dari perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan relatif kepada hasil. Penunjuk ini mungkin tidak tersedia kerana banyak syarikat tidak mempunyai perbelanjaan R&D.

Berikut merupakan beberapa contoh, tetapi anda boleh menggunakan mana-mana metrik dari senarai di bawah:

Kasar Margin Kasar (FY)
Margin Kasar (TTM)
Kendalian Margin Kendalian (FY)
Margin Kendalian (TTM)
Bersih Margin Bersih (FY)
Margin Bersih (TTM)
Aliran Tunai Bebas Margin Aliran Tunai Bebas(FY)
Margin Aliran Tunai Bebas (TTM)
SG&A Nisbah Jualan Umum & Pentadbiran (FY)
Nisbah Jualan Umum & Pentadbiran (TTM)
R&D Nisbah Penyelidikan & Pembangunan (FY)
Nisbah Penyelidikan & Pembangunan (TTM)

Bagaimana untuk menggunakan ciri-ciri ini?

Dalam Penyaring Saham:

  1. Buka dialog penapis dan masukkan carian baru “Margin” dalam ruangan carian atau cari penapis pertumbuhan dalam kategori “Kewangan”. Tapis penunjuk berdasarkan kepada strategi anda:

2. Tambah penunjuk kepada senarai Penyaring dan susun seperti yang dikehendaki:

Kami harap penunjuk baru ini berguna untuk anda. Sila kekal menghantar maklumbalas anda kepada kami — ia membantu kami menjadikan platform ini lebih baik.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta