Sambungkan skrip anda kepada lebih banyak input luaran

May 3, 2023

Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa ciri Penunjuk atas penunjuk sekarang menyokong beberapa input luaran iaitu kenaikan dari had satu sebelum ini. Beberapa input luaran ini juga boleh berasal dari beberapa penunjuk.

Di sini satu contoh skrip strategi dengan panggilan dua input.source() :

//@version=5
strategy("Value Area Strategy", overlay = true)

sourceLongInput = input.source(low, "Enter Long after crossing")
sourceShortInput = input.source(high, "Enter Short after crossing")

buyEntry = ta.crossover(close, sourceLongInput)
sellEntry = ta.crossunder(close, sourceShortInput)

if buyEntry
    strategy.entry("LongEntry", strategy.long)
if sellEntry
    strategy.entry("SellEntry", strategy.short)

plot(sourceLongInput, "Long entry source")
plot(sourceShortInput, "Short entry source", color.red)

Anda boleh, sebagai contoh, memautkan strategi ini dengan sumber-sumber dari penunjuk terbina dalam “Sesi Profil Volum” dengan memilih “Value Area High (VAH)” dan “Value Area Low (VAL)” sebagai input-input luaran dari input-input strategi. Untuk melakukan ini, yang pertama, pastikan kedua-dua skrip adalah dijalankan pada carta anda, kemudian keluarkan tab “Tetapan/Input” strategi dan pilih sumber yang berkaitan daripada setiap satu dari ruangan dua sumber input dalam menu lungsur turunnya.

Pelbagai input luaran akan berfungsi dengan Ujian Belakang Dalam, jadi pemegang pelan Premium boleh menguji strategi-strategi dengan pelbagai input pada semua data yang tersedia di simpanan data TradingView.

Sila ambil maklum bahawa sumber yang digunakan sebagai input luaran hendaklah berasal dari penunjuk; mereka tidak boleh berasal dari strategi. Juga, sumber input luaran boleh berasal dari paling maksimum sepuluh penunjuk berbeza.

Anda boeh mendapat lebih maklumat mengenai ciri ini di Pusat Bantuan dan di dalam Manual Pengguna Pine Script™ dan Manual Rujukan.

Untuk kekal terkini dengan ciri-ciri Pine Script™ yang baru, pastikan anda sentiasa memerhatikan nota Keluaran di dalam Manual Pengguna. Akaun PineCoders juga menyiarkan kemaskini daripada  Squawk Box nya di Telegram, akaun Twitter, dan dari laman sembang awam Soal Jawab Pine Script™ di TradingView.

Kami harap anda mendapati ciri yang sangat dipinta ini berguna seperti yang kami rasakan, dan teruskan menghantar kepada kami maklum balas dan cadangan supaya kami dapat menjadikan platform ini lebih bagus. Kami membina TradingView untuk anda, dan kami sentiasa teruja untuk mendengar pendapat anda.

— Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta