Lebih data dari Bursa Korea: warrant, ETF, ETN

Jul 6, 2023

Kami bukan hanya mengintegrasikan data pasaran baharu, kami juga menambah baik dan menambah lagi apa yang sekarang telah pun diintegrasikan. Semuanya untuk memastikan anda sedia untuk melakukan analisa pasaran yang komprehensif. Pada hari ini, kami memperkenalkan data tambahan dari Bursa Korea (KRX)!

Data saham dan indeks untuk KRX pada mulanya diperkenalkan kepada pengguna TradingView pada tahun 2018, dan semenjak itu, bursa ini telah berusaha keras untuk berkembang dan memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi Korea: ia mewujudkan bahagian KRX Clearing, melancarkan segmen KOSDAQ Global dengan syarikat-syarikat cip biru, dan mengambil langkah untuk membesarkan pangkalan pelaburannya dan mengetuai Revolusi Industri Keempat.

Pada masa yang sama, TradingView juga telah berkerja keras, membangunkan ciri-ciri baharu dan mengintegrasikan lebih pasaran ke dalam platform. Adalah logik dalam keadaan ini, kerjasama kami dengan Bursa Korea juga berkembang: pada hari ini, kami memperkenalkan data baharu dari KRX yang sekarang tersedia untuk pengguna TradingView. Kami telah menambahkan instrumen baharu yang akan membawa analisa pasaran anda ke satu tahap baharu: warrant, Exchange Traded Funds dan Exchange Traded Notes.

Semua data baharu ini boleh ditemui dengan menaip awalan “KRX:” kepada ruangan carian simbol:

Tambahan data baharu ini pastinya berguna untuk mereka yang berminat dengan pasaran Korea, yang berkembang pantas dan dipenuhi dengan peluang. Beritahu kami apa yang anda fikirkan tentang kemas kini ini — kami sentiasa menghargai maklum balas anda.

Dan jangan lupa bahawa Bursa Korea adalah satu daripada banyak lagi. Platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta