Bursa Sekuriti Nairobi telah datang ke TradingView

Dec 20, 2022

Tahun ini merupakan tahun yang istimewa untuk komuniti pedagang-pedagang kami di Afrika, dengan pelbagai kemas kini menarik: integrasi dengan Velocity Trade, pelancaran data masa nyata JSE pada kedua-dua widget dan platform, mencapai sehingga satu juta pengguna dari Afrika dan sekarang mengumumkan data Bursa Sekuriti Nairobi sudah tersedia untuk semua ahli-ahli kami!

Terdapat lebih daripada 60 bahasa digunakan di Kenya, tetapi di Nairobi Securities Exchange (NSE) semua orang bercakap dalam bahasa pasaran. NSE ditubuhkan pada tahun 1954, iaitu selama enam dekad penyenaraian ekuiti dan sekuriti hutang. Pada hari ini, ia merupakan pertukaran benua Afrika terkemuka yang memberikan kemudahan dagangan bertaraf dunia dan tugasnya di dalam ekonomi Kenya tidak boleh diperkecilkan ia menyokong pelaburan, data kewangan dan ketelusan, yang pada masa yang sama menarik pelabur-pelabur tempatan dan luar negara dengan menawarkan kepada mereka pendedahan kepada pasaran benua Afrika.

Untuk bermula, buka kotak carian TradingView, taip NSEKE: dan lihat semua instrumen yang tersedia untuk pencartaan dan penyelidikan. Penambahan data bernilai ini akan menjadi satu gerbang untuk semua kepada pasaran permodalan Kenya.

Ini cuma satu permulaan dan pada tahun 2023, kami akan cuba untuk melakukan lebih baik setelah melihat kepada kejayaan yang telah kami capai di benua Afrika. Kami bekerja keras untuk membawa alat, data dan ciri canggih kepada semua yang mempunyai capaian Internet.

Kami harap anda menyukai data baru ini dan kami berharap untuk berkembang maju bersama anda. Jika anda ada soalan atau komen, sila maklumkan kepada kami.

Pasukan TradingView

 

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta