Ciri Baru untuk Penstriman Langsung

Nov 9, 2021

Kami mencipta Strim supaya pedagang dan pelabur di seluruh dunia boleh berbincang tentang pasaran, menonton rancangan atau webinar dan berkongsi strategi mereka secara langsung dalam video. Dan, sejak melancarkan Strim tahun lepas, para penstrim telah menyiarkan lebih 100,000 jam kandungan video penstriman langsung! Dalam kemas kini terbaru kami, kami ingin memperkenalkan kepada anda, semua alatan dan ciri terkini yang telah kami usahakan.

Prestasi Ditambahbaik

Strim langsung kami tidak pernah lebih pantas. Kami telah membuat beberapa penambahbaikan yang menjadikan strim langsung lebih lancar termasuk masa penimbalan yang lebih sedikit, kualiti video yang lebih jelas dan audio yang lebih baik. Kami juga telah mengaktifkan perisian penstriman secara lalai untuk semua penstriman langsung. Ini bermakna anda boleh menstrim rancangan anda terus ke TradingView menggunakan OBS, xSplit, Streamlabs dan alatan lain.

Suka , Syiling dan Perkongsian

Kami sentiasa berusaha menjadikan Strim langsung lebih menarik dengan menggalakkan penonton memberi tip kepada penstrim langsung kegemaran mereka. Semua ahli boleh menghantar Syiling TradingView kepada penstrim langsung. Ingat, 100 syiling bersamaan dengan $1. Jadi, jika anda menghantar lebih beberapa ratus syiling, anda telah berjaya melayan penstrim langsung dengan secawan kopi!

Selain itu, semua Strim langsung kini boleh dikongsi ke Twitter, Facebook dan rangkaian lain dengan menggunakan ciri perkongsian sosial yang tersedia untuk anda. Sebagai contoh, kami telah menambah alat perkongsian pautan satu klik supaya anda boleh menyalin dan menampal pautan penstriman langsung dengan mudah. Kami juga menambah butang Suka supaya anda boleh meningkatkan profil penstrim langsung kegemaran anda dalam TradingView.

Analytic Tools for Live Streamers Alat Analitik untuk Penstrim Langsung 

Penstrim langsung kini mempunyai akses kepada laporan analitis individu. Ini bermakna penstrim boleh melihat prestasi mereka, dalam masa nyata. Semak bilangan orang yang telah menonton strim anda, berinteraksi dengannya dan banyak lagi. Laporan analitik penstriman langsung boleh didapati pada tab “Strim” profil anda di bawah tab “Analitik”.

Webinar Peribadi

Strim boleh menjadi umum, ditunjukkan kepada semua orang di TradingView; tetapi anda juga boleh menggunakan Strim langsung untuk webinar peribadi dan acara peribadi. Pada persediaan, klik butang Peribadi. Hanya orang yang mempunyai pautan akan dapat menonton strim langsung anda. Ia mudah dan penonton anda boleh bersembang dengan anda semasa anda menstrim.

Membenam Strim Langsung Anda

Salin kod benam asas dengan mengklik tiga titik dan benamkan strim langsung di mana-mana sahaja. Jalankan webinar di laman web anda sendiri. Ciri ini amat berguna terutamanya untuk mereka yang menjalankan Strim Peribadi dan ingin mengehoskannya di laman web atau aplikasi mereka sendiri.

Harap maklum bahawa kami sentiasa menambah baik alat kami  setiap hari. Sila teruskan menghantar maklum balas kepada kami dan beri perhatian kepada kemas kini kami sebanyak mungkin!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta