Penyaring baharu: perkukuhkan penyelidikan saham, syiling kripto dan ETF

Dec 26, 2023

Pada hari ini, kami ingin memperkenalkan anda kepada produk baharu kami: Penyaring saham, Penyaring syiling kripto dan Penyaring ETF. Mereka dibina berdasarkan kepada maklum balas anda, jadi mereka menawarkan kepantasan, kefungsian dan keupayaan penyaringan tiada tandingan. Anda boleh menjumpai mereka dalam menu utama: klik Produk dan pilih Penyaring.

Mari kita ambil Penyaring saham sebagai contoh dan lihat kepada kefungsian utamanya.

Memilih skrin

Kami telah membina skrin siap sedia untuk membantu anda mengikuti pelbagai kumpulan saham: sebagai contoh, pemimpin berdasarkan kepada permodalan atau syarikat dengan pendapatan bersih tertinggi. Anda boleh menjumpai skrin-skrin ini dalam menu utama penyaring: klik Penyaring Saham dan tatal ke bawah kepada bahagian skrin Popular:

Atau tambahkan penyaring anda sendiri yang mempunyai visi dagangan unik dengan mengklik pada Cipta skrin baharu:

Akses pantas kepada penapis

Penapis untuk mana-mana skrin yang anda gunakan akan muncul di atas jadual.

Di sini, anda boleh menjumpai penapis yang sudah digunakan pada penyaring dan lihat “templat” untuk penapis akan datang anda.

Jika anda masih tidak menjumpai penapis yang anda perlukan pada panel, anda boleh mencari dan menambahkannya menerusi menu carian dengan mengklik tambah (+):

Di sini, kami telah mengumpulkan keseluruhan set data kewangan, penunjuk teknikal dan semua yang mungkin berguna untuk penyelidikan anda. Jika anda tidak biasa dengan mana-mana metrik, anda boleh membaca mengenainya dalam pangkalan pengetahuan kami; hanya klik pada ikon tanda soal (?) di sebelah nama penapis.

Akan tetapi, anda tidak perlu membaca artikel pada setiap penunjuk kewangan kerana kami mempunyai kefungsian baharu: pratetap dan penjelasan untuk penapis. Kami menelusuri semua isyarat dagangan standard dan memilih tingkatan standard untuk anda:

Jika anda memerlukan nilai-nilai penapis alternatif, hanya perlu pergi ke bahagian Tersuai. Di sini, anda akan mendapat akses kepada lebih banyak tetapan lebih mendalam. Ia berguna apabila anda mahu melakukan analisa teknikal. Adakah anda mahu mencari persimpangan emas (golden cross) dan menjadi yang pertama dalam bull run? Sesuaikan panjang penunjuk, rangka masa dan keadaan.

Jika anda mahu mencari syarikat-syarikat yang sudah jatuh sedikit dari ketinggian tahunan mereka tetapi masih lagi menarik kepada pelabur yang mencari aset jangka pendek, hanya tetapkan nilai-nilai sepatutnya dalam penapis Harga:

Paparan keputusan

Sekarang, selepas anda menyesuaikan semuanya, anda boleh melihat hasil penyelidikan anda dalam jadual:

Kami juga telah menyediakan set data tematik untuk anda — set lajur yang anda boleh cari di bahagian atas jadual. Dengan menggunakan mereka, sebagai contoh, anda boleh menjejak penyata kewangan aset terus di penyaring: hanya pilih tab Penyata pendapatan, Kunci kira-kira atau Aliran tunai. Di sini, kami telah mengumpulkan data paling terkini. Atau, jika anda berminat dalam metrik penilaian dan keuntungan paling penting, anda boleh memilih tab yang bersesuaian pada panel yang sama.

Sekarang, mari kita lihat pada lajur. Sebagai tambahan kepada yang asal, anda boleh menambahkan dan mengkofigurasikan mana-mana lajur tambahan.

Kami cuba menjadikan interaksi dengan jadual lebih mudah, jadi setiap lajur mempunyai satu menu dengan tindakan yang boleh dilakukan yang membenarkan anda untuk menggerakkannya, menyusun aset dan banyak lagi.

Ini adalah hanya sebahagian daripada fungsi-fungsi penapis yang akan membantu menjadikan penyelidikan anda lebih tepat. Ciri-ciri lain termasuk:

  • Eksport data
  • Data disegarkan secara automatik dalam jadual
  • Set mata wang diperluaskan untuk menukarkan penunjuk kewangan
  • Keupayaan untuk menambah simbol-simbol dengan pantas kepada senarai amatan anda

Kami akan terus menambah baik penyaring, jadi kami perlu mengetahui pendapat anda. Hantarkan maklum balas anda kepada kami dan kami akan cuba menambahkan lebih banyak ciri-ciri berguna kepada produk kami.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta