Pakar Pine terbaru kami untuk 2022

Dec 21, 2021

Temui Pakar Pine terbaru kami. Pengaturcara- pengaturcara ini menyertai deretan orang-orang yang telah menyumbang terbanyak kepada komuniti kami, yang mana kami semadikan di Dewan Kemasyhuran kami untuk pengekod-pengekod: Pakar Pine kami.

Pakar-pakar ini membantu di dalam banyak perkara untuk menjadikan TradingView satu tempat yang lebih baik dan membantu pengguna-pengguna TradingView dari seluruh dunia. Mereka mengekod alatan-alatan hebat untuk pedagang-pedagang dan selalu menerbitkan skrip mereka dalam bentuk sumber terbuka, yang menjadikan alatan-alatan mereka boleh disahkan, boleh disesuaikan dan menyediakan kepada pengaturcara – pengaturcara Pine yang sedang berkembang dengan contoh-contoh kod Pine terbaik untuk dipelajari.

Kelihatannya seperti menerbitkan petunjuk-petunjuk, strategi-strategi dan perpustakaan- perpustakaan yang hebat masih belum lagi cukup, banyak Pakar-pakar Pine turut menyumbang masa mereka kepada projek PineCoders dengan membantu dengan reka bentuk ciri-ciri baru, penyederhanaan skrip, ujian beta, memilih Pilihan Editor, menghasilkan penerbitan bulanan untuk akaun PineCodersTASC, menjawab soalan-soalan tentang Pine di dalam forum awam dan sebagainya.

Pakar-pakar Pine menjelmakan semua nilai-nilai yang berada pada TradingView. Dengan nama semua pengguna-pengguna TradingView: terima kasih kepada anda semua!

DonovanWall

Untuk mana-mana pedagang berorientasikan matematik, membuka laman profil DonovanWall adalah seperti melawat satu galeri seni halus. Seorang pengajar yang bijaksana, beliau berupaya menjelaskan konsep-konsep sukar dalam satu bentuk yang terang, kreatif dan bervisual indah. Kualiti penerbitan skripnya meletakkan satu standard untuk penulis-penulis lain, namun sifat-sifat ini hanya lah sedikit daripada keseluruhan yang beliau ada. DonovanWall juga merupakan salah satu daripada penyumbang di belakang tabir kepada komuniti pengaturcara dan pedagang di TradingView.

dgtrd

Di dalam minda banyak pengguna-pengguna TradingView, konsep seperti Fibonacci retracement, Gann fan dan petunjuk pitchfork telah dikait teguh dengan nama dgtrd. Semangat dan kreativiti yang dia letakkan di dalam hasil kerjanya adalah sangat hebat. Tidak hairan banyak di antara alatan-alatan dia merupakan alatan yang paling meluas digunakan di platform.

rumpypumpydumpy

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa setiap skrip rumpypumpydumpy ciptakan, ianya meneroka sempadan apa yang kod Pine mampu lakukan. Samada ianya variasi innovative untuk petunjuk teknikal tradisional atau satu instrumen asli yang sepenuhnya berbeza, hasil kerja beliau adalah contoh terbaik untuk skrip Pine yang berkualiti tertinggi di TradingView. Dia juga menghabiskan masa untuk membantu pengaturcara-pengaturcara Pine yang lain.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta