Tetapan Privasi

Jun 18, 2021

Pentingnya privasi dalam dunia moden semakin diberi perhatian. Kami dikelilingi oleh laptop, telefon pintarm dab setiap hari kami menerima mesej daripada orang yang tidak dikenali. Adakalanya anda ingin menutup diri daripada semua spam dan hanya focus dalam kerja sendiri. Lagi pun, tidak ada yang lebih baik daripada melakukan perdagangan — tanpa sebarang gangguan.

Berita baik! Pasukan TradingView kini menawarkan peluang ini untuk anda.

Dalam tetapan profil di tab Privasi dan keselamatan, anda boleh mendapati tetapan yang berikut:

Anda boleh mematikan kemampuan untuk membuat sembang peribadi baru dengan anda:

Dengan menyahaktifkan pilihan ini, pengguna yang belum membuat sembang peribadi dengan anda tidak boleh menghantar mesej kepada anda. Harap maklum, pengguna yang telah mempunyai sembang peribadi dengan anda masih boleh menghantar mesej kepada anda.

Jika ini terlalu radikal, atau tidak mencukupi, anda boleh mengabaikan pengguna tersebut:

Dengan mengklik pada senarai pengguna diabaikan , sebuah dialog akan dibuka di mana anda boleh menambahkan pengguna kepada senarai tersebut. Pengguna dalam senarai ini tidak boleh menghantar mesej peribadi kepada anda, walaupun anda pernah bersembang dengan mereka. Anda juga tidak akan melihat mesej mereka di bilik sembang awam.

Anda juga tidak akan melihat komen-komen daripada pengguna ini dalam idea dan skrip terbitan – alat yang baik untuk menapis kandungan yang tidak sesuai.

Kami berharap penambahbaikan ini berguna. Sila kongsikan pandangan anda dengan kami. Kami membina TradingView untuk pengguna kami dan sentiasa ingin mendengar pandangan anda tentang inovasi kami.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta