Dialog Baru untuk Carian Pantas di Seluruh Platform

Nov 23, 2021

TradingView sentiasa dinaik taraf, dan bilangan ciri yang tersedia semakin meningkat. Hari ini kami bergembira mempersembahkan dialog carian pantas baru untuk mencari alatan dan ciri di platform dengan mudah dan lebih pantas.

Untuk membuka dialog, anda boleh menggunakan butang “Carian pantas” dalam menu di penjuru kiri sebelah atas carta, tetapi lebih mudah untuk menggunakan kekunci pintas + K (macOS) atau Ctrl + K (Windows).

Apakah yang boleh anda lakukan pada masa ini dalam dialog Carian Pantas? Anda boleh mencari dan memilih mana-mana alat lukisan, menukar carta atau tetapan skala, dan juga menggunakan pelbagai ciri untuk carta dan analisis data.

Kami merancang untuk menambahkan bilangan ciri yang tersedia untuk carian. Walau bagaimanapun, jika anda memerlukan sesuatu yang khusus, teruskan dan hubungi pasukan sokongan kami.

Jika anda mempunyai beberapa minit, sila bantu kami dengan melengkapkan tinjauan ini.

Kami menanti maklum balas anda/

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta