Menukar saiz carta-carta di dalam satu susun atur

Apr 26, 2022

Satu ciri yang sudah lama dinantikan telah tersedia pada platform kami. Anda tidak lagi terhad kepada mod pecahan set standard, dan anda sendiri boleh menukar saiz carta-carta di dalam grid. Sesuaikan mengikut cara yang anda mahukan!

Untuk menukar saiz satu carta, hanya tarik satu daripada sisi-sisinya. Tekan dua kali pada mana-mana sempadan carta akan memulangkannya kepada keadaan asal.

Anda juga boleh memindahkan beberapa sempadan carta pada masa yang sama. Untuk melakukan ini, tekan kekunci Shift semasa menarik.

Ciri ini menjadi tersedia disebabkan adanya permintaan daripada pengguna-pengguna kami — kami harap anda akan mendapati ianya adalah mudah dan berguna. Seperti biasa, kami mengalu-alukan maklumbalas dan cadangan anda. Terima kasih kerana memilih TradingView.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta