Keputusan Broker Awards tahun 2022 telah sedia…

Jan 23, 2023

Mulakan tepukan kompang……… pemenang anugerah Broker Terbaik Tahunan ialah… Pepperstone!

Tahniah kepada Pepperstone kerana memenangi anugerah tertinggi — anda boleh melihat setiap pemenang untuk anugerah industri ketiga kami di bawah dan pada halaman Broker Awards kami.

  1. Broker Tahunan — Pepperstone
  2. Broker Paling Popular — OANDA
  3. Juara Sosial — FXCM
  4. Teknologi Paling Dipercayai — Dhan
  5. Broker Pelbagai Aset Terbaik — TradeStation
  6. Broker Pasaran Hadapan Terbaik — Osmanli Yatirim
  7. Broker Forex Terbaik — Capital.com
  8. Broker atau Pertukaran Kripto Terbaik — BingX

Seperti biasa — ucapan berbanyak terima kasih untuk semua atas maklum balas, penilaian dan ulasan anda. Seperti yang anda sudah maklum, kami melakukan perkara agak sedikit berbeza di TradingView, dan arah utama kami adalah untuk sentiasa mencipta dan membekalkan platform terbaik untuk keperluan dagangan dan pelaburan anda.

Disebabkan itu, anugerah-anugerah ini hanya diberikan kepada broker-broker yang dapat menunjukkan secara objektif yang mereka telah memberikan anda perkhidmatan yang terbaik dalam 12 bulan lepas.

Anugerah-anugerah ini telah diberikan berdasarkan maklum balas dan ulasan anda, dengan penambahan kepada maklumat teknologi kami sendiri seperti penglibatan, masa operasi platform dan lebih lagi, untuk memberikan anda pandangan yang dipercayai untuk broker terbaik yang kami telah sepadukan.

Dan berita menarik adalah kami bercadang untuk melakukan lebih lagi untuk tahun 2023 — termasuk mempunyai lebih banyak broker untuk dipilih dan lebih ciri-ciri pada carta untuk dagangan.

Jika anda mahukan broker kegemaran anda disepadukan, beritahu mereka supaya mereka dapat berhubung dengan kami.

LFTL,

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta