Ciri baru ditambah: Penukaran unit

Feb 18, 2022

Kami telah menambahkan satu ciri baru untuk membantu anda menganalisa carta-carta komoditi dengan lebih baik — Penukaran unit. Dengan kombinasi penukaran matawang, fungsi ini akan membantu anda menilai perbezaan kadar pertukaran asset-aset komoditi yang anda minati. Atau anda boleh menukar carta untuk melihat harga barang di dalam satu unit pengukuran yang anda lebih biasa.

Untuk menukar unit pengiraan pada satu carta yang mempunyai pertukaran, anda perlulah mengklik butang pada skala yang menunjukkan unit terkini dan memilih unit pengukuran yang anda minati daripada senarai lungsur turun.

Selepas pengiraan semula, carta dan penunjuk akan memaparkan harga untuk unit asset yang dipilih.

Sila ambil maklum, pada masa sekarang, ada beberapa sifat istimewa kepada carta yang ditukar, yang adalah berbeza dari carta-carta kami yang biasa. Ini meliputi:

  • Jika anda menukar simbol, carta akan dipaparkan di dalam unit asal pengukuran.
  • Anda tidak boleh mencipta satu pemberitahuan atau meletakkan satu pesanan pada carta yang telah ditukar. Pemberitahuan atau pesanan yang dicipta di dalam unit asal akan terus berfungsi sama seperti sebelumnya.
  • Objek lukisan yang dicipta pada carta yang ditukar adalah tersedia hanya pada carta ditukar ini – mereka disimpan dan dipaparkan dengan rujukan kepada simbol, matawang dan unit pengukuran.
  • Di dalam matawang ditukar atau mod unit pengukuran, ciri Ulangan Bar adalah tidak tersedia.

Kami harap anda akan mendapati ciri baru ini berguna. Seperti yang anda sedia maklum, kami sentiasa bekerja untuk menambahbaik untuk kemudahan anda. Terima kasih kerana memilih TradingView!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta