Corak Carta dikemas kini: sekarang dengan pemberitahuan, tetapan kebolehlihatan dan satu penunjuk baharu

Sep 1, 2023

Beberapa bulan telah berlalu semenjak ujian beta untuk penunjuk Corak Carta berakhir. Dalam masa ini, kami telah menerima banyak permohonan untuk menambah baik corak, dan pada hari ini, kami mempersembahkan ciri-ciri yang paling banyak dipinta.

Pemberitahuan

Anda sekarang boleh menetapkan pemberitahuan untuk corak: kekal termaklum untuk corak carta baharu, pecah keluar bebaji, pembentukan dua puncak atau satu gelombang Elliott.

Untuk menetapkan satu pemberitahuan, pastikan satu corak carta ditambahkan kepada carta, kemudian pergi ke menu Pemberitahuan, pilih corak yang anda mahukan dan pilih satu keadaan yang diperlukan.

Anda boleh menjumpai lebih maklumat mengenai pemberitahuan yang tersedia untuk setiap corak dalam Pusat Bantuan kami.

Kebolehlihatan

Untuk memudahkan kerja anda dengan corak, kami telah menambahkan tetapan kebolehlihatan — mereka membenarkan anda mengawal corak dan sasaran tertentu yang hendak dipaparkan pada carta. Sekarang, sebagai contoh, anda boleh memaparkan hanya corak terakhir yang belum terjadi atau corak-corak lain yang hampir sama.

Semua corak dalam satu penunjuk

Untuk memudahkan mengenalpasti semua corak yang berkaitan pada carta, kami telah mengumpulkan mereka dalam satu penunjuk Semua Corak Carta. Penunjuk ini mempunyai tetapan standard: tetapan kebolehlihatan dan mod untuk mencari corak yang akan terbentuk. Corak-corak akan menggunakan warna yang ditetapkan secara lalai dalam setiap penunjuk. Untuk menggunakan penunjuk, pergi ke Penunjuk, Penunjuk dan Strategi, buka bahagian Analisa Teknikal dan pilih Corak.

Sila ambil maklum bahawa penunjuk Semua Corak Carta tidak menyokong pemberitahuan dan tidak meliputi gelombang Elliott.

Kami harap anda akan mendapati kemas kini ini berguna. Kami menghargai maklum balas anda — sila kekal berkongsi pendapat dan cadangan anda dengan kami.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta