July 1, 2021

Anda Telah Menambahbaikkan Aplikasi Mudah Alih Kami!

 Wah, kalian adalah terbaik. Kami dengan senang hati untuk mengumumkan bahawa aplikasi mudah alih kami telah dinilai lebih daripada 120,000 kali sejak dilancarkan pada tahun 2017, dan anda telah memberi mereka penilaian setinggi 4.8*!

Ribuan terima kasih kepada semua orang yang telah memasang dan menggunakan aplikasi TradingView dan memberikan ulasan – sehingga kini terdapat 66,000 pengguna Android dan 61,000 peminat Apple … dan masih meningkat.

Kami menerima setiap maklum balas, dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan anda yang membolehkan kami membuat banyak penambahbaikan utama dan pembaikian pepijat selama 12 bulan yang lalu untuk meningkatkan pengalaman TradingView mudah alih.

Berikut merupakan beberapa perkara menarik yang telah kami lakukan:

Android:

  • Menambahkan berita pasaran, penerbitan Idea dan pintas widget;
  • Menambahkan mod landskap (mesti ada) dan senarai yang ditandai, dan memasukkan data pra- dan pasca- pasaran untuk instrumen dalam senarai amatan;
  • Memasukkan ‘skrin pengikut’ dan kemampuan untuk melanggan kepada seseorang pengguna, supaya anda dapat memperkembangkan jaringan anda secara langsung dari telefon anda.

iOS:

  • Menambahkan skrin pengurusan pemberitahuan, peningkatan kegunaan skrin carta ditambah dengan data pra- dan pasca- pasaran untuk instrumen dalam senarai amatan;
  • Menambahkan widget iOS 14, senarai ditanda dan sokongan pemisah;
  • Menambahkan pintas Siri supaya anda boleh membuka carta dengan suara anda.
  • Anda juga kini boleh masuk terus ke senarai Idea dari ‘Pilihan Editor’ dengan fungsi peralihan antara senarai yang lebih baik.
  • Penambahan lain termasuk pratonton maklumat carta dan simbol secara langsung di senarai pantau, tab menu untuk akses cepat ke profil anda dan semua tetapan aplikasi, dan logo instrumen di senarai amatan dan skrin instrumen.

Banyak lagi yang akan datang, jadi tunggulah kemas kini yang seterusnya. Kami mengalu-alukan maklum balas anda supaya kami dapat terus membuat aplikasi perdagangan terbaik untuk anda.

Sekiranya anda belum memuat turun aplikasi mudah alih kami, anda boleh mendapatkannya di iOS atau Android– atau dapatkan aplikasi desktop kami di sini untuk pengalaman yang khas untuk setiap saiz skrin. Dan jangan lupa meninggalkan ulasan setelah memuat turun!

Look first / Then leap

Lancarkan Carta