Semua saham-saham dunia, sekarang di dalam satu penyaring

May 17, 2022

Globalisasi telah berlaku semenjak tiga dekad, akan tetapi pedagang-pedagang masih tidak pernah mempunyai satu cara yang mudah untuk membandingkan ekuiti-ekuiti di antara negara-negara dan matawang-matawang yang berlainan. Sekarang tidak lagi. Kami berbangga untuk mengumumkan kemaskini terkini kepada penyaring saham kami: anda sekarang boleh menapis seluruh dunia, kesemuanya pada masa yang sama. 

Mahu membandingkan perlawanan Saudi Aramco v Apple untuk merebut kedudukan tertinggi dunia? Anda boleh lakukannya. Mahu menyaring saham-saham bioteknologi di seluruh Eropah? Mudah. Mahu menambah sehingga hampir semua pertukaran yang ada di planet dan menyusun semua saham-saham dunia mengikut perubahan peratusan? Buat saja. Teknologi kami adalah kepunyaan anda – gunakan ia untuk penyelidikan dagangan anda sebagaimana yang anda ingini. 

Seperti yang anda boleh bayangkan, ini adalah bukan satu kemaskini yang mudah untuk dilakukan, mengambil kerja keras sehingga lebih 18 bulan untuk membenarkan anda membandingkan sehingga lebih daripada 70 pasaran tempatan pada masa yang sama, bertempat di lebih daripada 50 negara.  Untuk menunjukkan fleksibiliti kemas kini baru ini, di sini ada beberapa cara-cara penggunaannya yang anda mungkin berminat untuk menerokainya untuk bermula: 

  • Susun seluruh dunia dengan modal pasaran — nampaknya Procal Electronics India adalah syarikat tersenarai awam paling kecil di planet dengan modal pasaran hanya $16.6k USD
  • Terokai prestasi benua, seperti ekuiti seluruh Eropah atau seluruh Asian
  • Pergi lebih granular dengan pandangan serantau, seperti semua pasaran Nordic
  • Dapatkan satu rasa sebenar mengenai industri-industri sejagat, sebagai contoh saham-saham semua kenderaan motor, tanpa mengira negara mana mereka disenaraikan

Harap sampai titik ini, anda bersemangat untuk mencuba kemaskini ini untuk diri anda sendiri. Untuk bermula, hanya pergi ke Penyaring Saham kami, kemudian pilih ikon Glob atau Bendera. Anda kemudiannya hanya pilih “Seluruh dunia” untuk melihat semuanya — saham-saham dari lebih daripada 50 negara.

Anda juga boleh togol ciri “Pilih berbilang” untuk memilih negara-negara tertentu:

Atau lihat saham-saham kesukaan anda dari hanya satu pasaran seperti biasa:

Jika anda perlu untuk mengosongkan senarai, hanya tekan butang “Set Semula Lalai”, dimana ia akan mengembalikan kepada saham-saham USA:

Ok, itu dia — kemaskini ini telahpun tersedia untuk semua pengguna-pengguna. Sila beritahu kami bagaimana anda menggunakannya dan samada ianya berguna untuk penyelidikan dagangan dan pelaburan anda.

Oh dan satu perkara akhir: ianya penting untuk diberitahu bahawa data matawang masih mempunyai peraturan penukaran yang sama seperti di dalam mod pasaran tunggal. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini.

Selamat menyaring — terima kasih kerana bersama-sama kami di dalam perjalanan kami untuk membuat alat-alat terbaik untuk semua pedagang dan pelabur walau di mana mereka berada.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta