Mengkonfigurasikan Data Input dan Penambahbaikan Lain kepada VWAP Berlabuh

Jul 1, 2020

Kami telah membuat beberapa penambahbaikan  kepada alat VWAP Berlabuh yang  memudahkan penggunaannya. Berikut ialah senarai penambahbaikan dengan bersama contoh-contoh.

  1. Anda kini boleh memilih data input yang digunakan untuk mengira VWAP Berlabuh dalam Tetapan alat. Ini membolehkan anda membina lengkung atas dan bawah VWAP Berlabuh. Untuk menukarkan input alat, hanya perlu klik dua kali pada garisan atau klik pada gear di panel ciri alat terapung. Selepas langkah itu, pilih komponen data yang dikehendaki dalam medan Sumber.
  2. Anda boleh menukarkan warna warna dan ketebalan garisan dalam dua kkil. Pilihan warna dan ketebalan dipaparkan di panel ciri-ciri terapung. Untuk menyesuaikannya, mulakan dengan memilih alat pada carta untuk memaparkan panel ciri-ciri dan memilih warna dan ketebalan garisan yang dikehendaki.
  3. Dengan penambahbaikan ini, anda kini boleh memaparkan label untuk nilai VWAP Berlabuh yang terakhir pada skala harga untuk analisis yang lebih tepat. Untuk memaparkan nilai alat terakhir, anda perlu klik dua kali pada garisan atau klik pada gear di panel ciri alat terapung. Pilih tab Gaya dan aktifkan Tunjuk harga. Nila terakhir VWAP Berlabuh akan ditunjukkan pada skala harga.Kami berharap anda menikmati penambahbaikan terbaru kami bagi VWAP Berlabuh. Terima kasih kerana mengikuti kemas kini kami dan sila teruskan untuk menghantar komen, maklum balas , dan cadangan anda kepada kami untuk penambahbaikan ,kemas kini dan produk TradingView pada masa depan.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta