Bourse de Casablanca sudah tiba di TradingView

May 24, 2023

Pada hari ini, kami berbesar hati untuk mempersembahkan satu tambahan hebat kepada suapan data kami. Sila alu-alukan kedatangan data dari Bourse de Casablanca (CSE). Sebanyak butiran pasir di gurun Sahara, dengan prestasi setinggi pergunungan Atlas, data ini akan membawa anda menelusuri satu pasaran berkembang pesat di Kerajaan Maghribi.

Ditubuhkan pada tahun 1929, Bursa Saham Casablanca merupakan pasaran saham kedua terbesar di Afrika, menjadikannya satu daripada yang paling berprestasi tinggi di Timur Tengah dan Afrika Utara. Bursa ini menawarkan ekuiti dan bon untuk didagangkan dan indeks untuk diikuti, dan cara terbaik untuk menilai keadaan terkini adalah di masi.index yang menjejak prestasi semua syarikat yang disenaraikan di bursa ini.

CSE menyenaraikan syarikat-syarikat terkemuka yang menarik pelabur dalam pasaran tempatan yang wajib diikuti, iaitu gergasi-gergasi seperti Attijariwafa BankMaroc Telecom, dan Banque Centrale Populaire. Dalam keadaan ekonomi stabil Maghribi yang semakin berkembang dalam 50 tahun kebelakangan ini, memerhatikan pasaran Maghribi boleh menjadi satu strategi yang bagus.

Data ekuiti dan indeks baru ini boleh diakses dengan hanya beberapa klik sahaja. Pergi ke carta, buka carian simbol dan taip awalan “CSEMA:” untuk mencari semua aset yang tersedia.

Tambahan baru kepada data kami ini akan meluaskan skop penyelidikan pasaran anda dan membantu anda mencari peluang-peluang menarik yang baru. Jangan lupa bahawa Bursa Saham Casablanca adalah satu daripada banyak lagi. Platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta