Berikut Ialah Pemenang Anugerah Broker Pertama Kami

Jan 20, 2021

Sudah sampai! Anugerah Broker TradingView memperkenalkan juaranya – dengan TradeStation memenangi tiga kategori termasuk Broker Tahun Ini.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada maklum balas, penilaian dan ulasan anda semua. Anda boleh melihat pemenang anugerah di halaman Anugerah Broker kami.

Seperti biasa, objektif utama kami adalah untuk menyediakan platform terbaik untuk keperluan perdagangan dan pelaburan anda. Anugerah-anugerah ini diberikan kepada broker yang melakukannya – yang memberikan perkhidmatan terbaik dan memiliki teknologi terbaik untuk anda sepanjang 12 bulan yang lepas.

Anugerah ini bukanlah kami yang mememilihnya secara rawak – andalah yang menentukannya. Mereka dipilih berdasarkan maklum balas dan ulasan anda sepanjang tahun, digabungkan dengan maklumat tambahan seperti masa hidup dari segi teknologi, untuk memberikan pandangan mengenai broker terbaik yang boleh dipercayai dan tulus.

Jika broker kegemaran anda tidak terdapat dalam senarai ini – atau mereka belum diintegrasikan– jangan risau, masih ada tahun depan. Maklumkan kepada mereka supaya mereka boleh menghubungi kami dan menjadi sebahagian daripada lompatan besar ke depan dalam mencari broker yang terbaik untuk anda.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta