March 17, 2021

Penambahbaikan Kepada Senarai Pengarang Teratas

Hari ini mencatatkan bilangan tertinggi ahli komuniti TradingView berkongsi pendapat masing-masing, berbual dan memberikan komen-komen pada idea-idea yang menarik perhatian mereka. Perkara ini adalah bagus kerana kami merasakan dengan berhubung dan bercakap sesama pelabur dan pedagang adalah salah satu cara yang bagus untuk belajar. Dalam proses untuk mendorong lebih banyak perhubungan sebegini dalam komuniti, kami telah memulakan kerja membina satu sistem yang boleh membantu pengguna-pengguna mencari pengarang-pengarang yang lebih berkaitan dengan minat mereka.

Anda mungkin perasan yang kami baru-baru ini telah mengeluarkan kedudukan Pengarang Teratas. Walaupun kedudukan ini merupakan salah satu alatan yang penting dalam komuniti TradingView selama hampir sedekad, kami merasakan sudah sampai masanya untuk dikemaskini. Kami sedang bekerja untuk membuat satu gantian; sesuatu yang menarik, unik dan pengarang-pengarang baru yang anda mungkin tidak perasan.

Pada masa ini, sebagai penggantian kepada kedudukan, kami akan memaparkan lebih banyak idea. Jika anda rajin berkongsi carta, komen dan ujikaji, anda mempunyai lebih banyak peluang untuk hasil kerja anda dipaparkan pada laman idea.

Jika anda mempunyai apa-apa soalan, sila hubungi pasukan kami pada bila-bila masa. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada komuniti dan tunggu berita kemas kini kami pada masa akan datang.

Pasukan TradingView

Look first / Then leap

Lancarkan Carta