Pilihan Resolusi untuk Penunjuk Kini Menyokong Selang Tersuai

Nov 9, 2020

Selang tersedia dalam menu ke bawah widget resolusi untuk skrip kini termasuk sebarang selang tersuai yang anda tetapkan untuk carta anda.

Sekiranya anda ingin menggunakan penunjuk MA untuk selang tersuai 1234-minit. Pertama, ciptakan selang tersuai menggunakan ikon Selang Masa carta:

Selepas menambahkan selang tersuai, ia akan tersedia secara automatik dalam menu ke bawah widget resolusi untuk sebarang skrip yang menggunakannya. Jika kami ingin menggunakan Purata Bergerak yang sedia pada selang 1234-minit. Kami akan membika tab Tetapan/Input, dan kami kini boleh memilih rangka masa tersuai daripada menu ke bawah Resolusi. Senang sahaja:

Lihat hantaran blog yang sebelum untuk maklumat lanjut tentang analisis rangka masa berganda di TradingView

Untuk pengekod Pine, perubahan akan berlaku kepada sebarang menu ke bawah widget resolusis, tanpa mengira sama ada ia diaktifkan dengan panggilan ‘study()` menggunakan parameter `resolution` atau melalui panggilan `input()` menggunakan jenis `input.resolution` .

Kami berharap anda mendapati ciri yang banyak diminta ini berguna. Teruskan menghantar maklum balas anda kepada kami untuk penambahbaikan. Kami membina TradingView untuk pengguna kami dan sentiasa bergembira mendengar pandangan anda.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta