July 17, 2019

Memperkenalkan broker pasaran hadapan yang baru – Tradovate!

Berita baik untuk pedagang pasaran hadapan, sila temui Tradovate – broker pasaran hadapan yang kami kini sokong!

Proses log masuk adalah amat mudah. Hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Log masuk TradingView
  • Pergi ke halaman carta dan klik pada panel dagangan di bawah carta.
  • Pilih Tradovate dan log masuk dengan maklumat log masuk Tradovate anda ( pergi ke laman web Tradovate jika anda masih belum mendaftar dengan mereka)
  • Mula Berdagang!

Anda sepatutnya boleh melihat tab yang berikut selepas menyambung kepada broker anda: Kedudukan, Pesanan, Ringkasan Akaun & Log Notifikasi. Harap maklum bahawa tab Pesanan mempunyai subtab yang membolehkan pertukaran antara status pesanan yang berbeza.

Akaun sub boleh ditukar di bahagian atas kanan panel dagangan.

Mengklik pada nama broker di sebelah menu akaun untuk bertukar antara broker yang berlainan.

Anda kini boleh log keluar akaun broker anda & mengubah opsyen paparan panel di bahagian atas kanan.

Buka tiket pesanan tiket untuk membuat dan mengubah pesanan anda/ Terdapat beberapa cara untuk berbuat demikian:

  • Dengan mengklik butang panel tepi.
  • Dengan membuka panel apungan beli-jual ( jenis pesanan pasaran akan dipaparkan secara lalai).
  • Dengan menggunakan menu konteks pada carta.
  • Dengan menggunakan simbol tambah

Tiket pesanan boleh dipaparkan dalam mod panel tepi atau mod dialog yang akan menutup dialog selepas pesanan dilaksanakan untuk menjimat ruangan skrin. Mengklik ikon gear di bahagian atas kanan untuk mengubahkan mod berikut.

Anda boleh mempelajari lebih tentang tiket pesanan di  sini and sini

Kami berharap untuk menerima daripada anda, maklum balas dan cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana memilih TradingView dan selamat berdagang.