February 16, 2018

Temui tab teknikal baru ! Gauge yang memang cantik

Berita baik, kami baru membuat platform kami lebih canggih dengan menambahkan alat analisis teknikal yang baru. Anda kini boleh melihat pengadaran untuk 3 kumpulan indicator: Oscillator, Moving Averages dan Ringkasan yang berdasarkan semua pengadaran. Anda boleh melihat jumlah pengadaran yang digunakan di bawah setiap gauge. Ini merupakan cara baik untuk melihat indicator teknikal yang penting pada satu halaman.

1

Anda juga boleh buka papan pemuka analisa teknikal terus daripada tetingkap Butiran pada platform web. Ia terletak di bawah julat 52 minggu di bahagian kanan platform.

2

Tab Gambaran Keseluruhan sama dengan tetingkap Butiran juga menunjukkan ringkasan teknikal berdasarkan rangka masa harian secara lalai. Klik tunjuk lebih untuk lihat lebih rangka masa di tab yang berasingan.

3

 

Pengadaran analisis teknikal yang dipaparkan oleh gauge kami adalah berdasarkan pengadaran indicator daripada pengimbas kami. Apabila kondisi tertentu tercapai untuk sebuah indicator, ia bermakna masa baik untuk beli/jual.

Penting: TradingView tidak menasihati sesiapa untuk membeli atau menjual apa-apa instrument kewangan (secara membuta tuli) berdasarkan pengadaran Beli/Jual. Ia hanya menunjukkan sesetengah kondisi indicator yang tercapat dan membantu pengguna mengesan dagangan berpotensi jika ia bersesuaian dengan strategi mereka. Pengadaran Beli/Jual tidak harus dianggap sebagai pengesyoran perdagangan.

Sila menghubungi kami jika anda mempunyai apa-apa soalan atau cadangan untuk penambahbaikan. Klik butang Lapor untuk menghantar mesej anda. Seperti biasa, maklum balas anda amat dihargai.