Satu juta pelanggan premium = Satu juta pelabur-pelabur berpengetahuan luas, terpelajar, mendapat petunjuk, maju dan pintar

Dec 17, 2021

Apabila kami bermula 10 tahun lepas, guru-guru kewangan cuba meyakinkan kami bahawa pelabur-pelabur berdikari tidak akan dapat memahami alatan-alatan yang digunapakai oleh profesional-profesional Wall Street. Mereka yakin kami tidak akan mampu untuk mendapatkan cukup pengguna-pengguna yang berminat dengan fungsian termaju kami. “Mengapa kamu memberikan sesuatu secara percuma yang orang-orang lain perlu membayar untuk mendapatkannya?” mereka selalu bertanya soalan ini.

Kami tidak mendengar apa yang mereka katakan, kami letakkan duit kami pada pelabur-pelabur kecil yang kami percaya mempunyai potensi besar dan akan dengan cepat memahami bahawa kejayaan memerlukan strategi, kesabaran dan alatan yang betul. Seperti yang selalunya terjadi, pakar-pakar ini adalah salah — memandang rendah kebolehan dan keperluan pelabur-pelabur pintar seluruh dunia —dan kini ada satu juta dipihak kami!

Jadi pada peristiwa penting ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua anda yang bersama-sama kami, yang telah mengubah stereotaip kepada pelaburan kendiri. Jom kita buktikan dengan semua kejayaan kita bahawa hari-hari guru-guru Wall Street telah berakhir.

Melihat ke hadapan, kami sekarang sedang menggandakan kandungan percuma dan ciri-ciri tambahan yang akan membantu sekumpulan peminat kewangan untuk belajar mengikut keupayaan masing-masing. Melalui ini dan banyak lagi, kami harap mereka akan menjadi lebih berkeyakinan untuk menghadapi pasaran sebagai sebahagian daripada komuniti 100J profesional masa hadapan!

Per aspera ad astra

Pasukan TradingView Anda

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta