Editor Pine Script® kami semakin lama semakin bagus

Jun 15, 2023

Apabila kami memperkenalkan Editor baru kami tahun lepas, kami telah memberitahu anda bahawa ini akan menjadi permulaan untuk lebih banyak ciri-ciri, yang kami telah lakukan semenjak dari itu. Sekarang mari kita lihat beberapa ciri-ciri baru ini.

Mengemas kini skrip pada carta

Apabila anda melakukan perubahan kepada kod untuk satu skrip yang telahpun dimuatkan pada carta, anda sekarang boleh menggunakan “Kemas kini pada carta” dan bukannya “Simpan”. Ini membenarkan versi skrip pada carta dikemas kini dengan kod baru dan pada masa yang sama menaikkan hanya versi minornya (versi 26.0 akan menjadi 26.1) dan mengekalkan nilai-nilai dalam tab “Tetapan” skrip.

Kefungsian “Kemas kini pada carta” dilaksanakan sebagai satu togol dengan butang “Tambah kepada carta”. Untuk mengaktifkannya, pilih “Kemas kini pada carta” dari menu lungsur turun yang tersedia di sebelah butang “Tambah kepada carta”. Pilihan togol anda menentukan apakah yang Editor lakukan apabila anda menggunakan pintasan Ctrl+Enter/Cmd+Enter.

Sebelum menggunakan “Kemas kini pada carta”, skrip anda hendaklah berada pada carta dan kodnya telah diubah.

Paparan konsol lebih baik

Kami telah menambah baik paparan mesej amaran dan ralat pada konsol. Mereka sekarang menunjukkan masa dan menambahkan satu bilangan garisan yang boleh diklik yang akan memberikan fokus kepada sumber ralat di dalam kod anda. Mesej adalah dikodkan mengikut warna: kelabu untuk perubahan keadaan, kuning untuk amaran dan merah untuk ralat.

Tetapan editor

Satu kotak dialog baru “Tetapan editor” adalah tersedia dari menu “Lebih” (tiga titik) memberikan anda lebih kawalan kepada kelakuan Editor.

Anda sekarang boleh mengawal:

  • Lengkapkan Secara Automatik
  • Paparan peta mini pada kanan tetingkap editor
  • Paparan satu pembaris menegak pada tanda 80 aksara
  • Bayangan ditunjukkan apabila mengunakan import.

Ini hanya satu permulaan; kami akan menambahkan lebih banyak pilihan di sini.

Penambah baikan untuk bekerja dengan perpustakaan diimport

Bekerja dengan perpustakaan sudah menjadi lebih mudah — anda sekarang boleh mengimport beberapa perpustakaan yang popular dan berguna dengan hanya menggunakan satu butang. Sekarang, ini boleh dilakukan dengan perpustakaan berikut:

  • TradingView/Strategy/3
  • PineCoders/VisibleChart/4
  • PineCoders/Time/3

Untuk mengimport mana-mana satu daripada perpustakaan ini, hanya taip nama mereka dan rentetan import akan ditambahkan secara automatik:

Disebabkan perpustakaan tidak dmuatkan serta-merta, bayangan inlay baru telah ditambahkan untuk membantu menentukan status muatan:

  • “sedang dimuatkan…” – semasa perpustakaan sedang dimuatkan
  • “seperti {LibraryName}” jika tiada alias tersuai dinyatakan — cth. “seperti VisibleChart” dalam contoh di atas
  • Apabila menggunakan satu alias tersuai, hanya “sedang dimuatkan…” akan ditunjukkan semasa proses memuatkan

Untuk mengaktifkan bayangan garisan, pergi ke menu pengguna dan pilih kotak berikut:

Sebagai tambahan, penjelasan perpustakaan sekarang boleh dilihat jika anda menggerakkan kursor di atas garisan di mana perpustakaan ini diimport:

Logik jarak engsot baru

Menekan Enter pada pengakhiran garisan yang bermula dengan pernyataan memerlukan satu blok tempatan diengsotkan sekarang akan memberikan jarak engsot yang diperlukan pada garisan seterusnya. Ini terpakai kepada pengisytiharan untuk fungsi dan jenis baru, termasuk juga kepada struktur bersyarat dan bergelung.

Kami harap ciri-ciri yang sangat dipinta ini berguna untuk anda seperti yang kami rasakan dan sila sentiasa hantarkan kami maklum balas dan cadangan anda supaya kami dapat menjadikan platform ini sebaik mungkin. Kami membina TradingView untuk anda dan kami sentiasa teruja untuk mendengar buah fikiran anda.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta