Log Masuk Dengan Pelayar dalam Aplikasi Desktop TradingView

Nov 11, 2021

Sudah agak lama sejak pengumuman terakhir kami tentang kemas kini pada aplikasi Desktop TradingView. Tetapi kami mempunyai alasan yang baik — kami telah bekerja keras menambahkan ciri baru dan peningkatan untuk anda. Sesetengah yang anda akan lihat sekarang, ada yang akan datang tidak lama lagi, dan ada yang dalam pengembangan: tetapi kesemuanya direka untuk menjadikan aplikasi kami lebih baik, lebih pantas dan lebih kuat.

Jadi tentang apa pengumuman ini? Kami telah mengemas kini aliran pengesahan dalam aplikas untuk menjadikannya lebih mudah. Kini anda akan melihat hanya satu butang pada borang log masuk, menyatakan “Log masuk dengan pelayar.” Apabila diklik, ia akan membuka tab baru dalam pelayar lalai anda di mana anda boleh log masuk ke akaun TradingView anda menggunakan pilihan pengesahan kegemaran anda. Dan setelah anda mengesahkan bahawa aplikasi itu boleh menggunakan akaun anda, anda akan dibawa ke apliksa yang sedia untuk berfungsi. Log masuk melalui pelayar menyediakan tahap keselamatan yang sama seperti kaedah sebelumnya dan malah mempunyai kelebihan — kurangkan masa menyalin dan menampal.

Kami percaya bahawa kebanyakan anda biasanya memastikan pelayar anda sentiasa log masuk ke TradingView — dalam hal ini, menyambungkan aplikasi ke akaun TradingView anda akan menjadi sangat mudah. Klik butang pada aplikasi, klik butang dalam pelayar untuk mengesahkan, taip kod 2FA jika anda telah mengaktifkankan 2FA, dan itu sahaja — anda sudah pun masuk!

Lagi satu perkara yang kami ingin rayakan. Kami telah mengemaskinikan fungsi yang bertanggungjawab untuk bekerja dengan tab dan tetingkap. Cuba seret dan lepaskan tab untuk melihat betapa lancarnya sekarang. Sama-sama!

Ia sebenarnya versi ke-13, jadi terdapat satu (hanya satu!) sedikit masalah. Jika anda menggunakan Windows, kemas kini ini tidak akan dipasang secara automatik dan ia hanya boleh dipasang secara manual jika anda memadamkan aplikasi ini terlebih dahulu. Ia tidak sukar untuk dilakukan: hanya pergi ke “Tetapan” → “Aplikasi & ciri”, pilih aplikasi dalam senarai, dan klik “Padam”. Kemudian muat turun dan pasang versi baru dari halaman ini. Kemas kini akan datang akan dipasang secara automatik seperti biasa.

Anda menggunakan Mac di Linux? TradingView Desktop akan dikemas kini secara automatik. Hanya mulakan atau mulakan semula, biarkan ia berjalan selama 10 minit, dan mulakan semula. Untuk memastikan aplikasi telah dikemas kini, buka “Tentang” dan lihat nombor versi — ia mestilah 1.0.0-beta.13. Jika kemas kini automatik tidak berlaku atas apa-apa sebab, atau anda belum mencuba aplikasi itu, maka anda boleh memuat turunnya dari halaman ini.

Pada bulan November, aplikasi itu melintasi sejumlah 900k pemasangan, yang merupakan pencapaian besar untuk pasukan kami. Tetapi tidak semuanya tentang angka— yang paling penting, ia adalah isyarat bahawa kami menerajui TradingView Desktop dengan cara yang betul. Terima kasih kerana menggunakannya dan berkongsi semua maklum balas anda — kami sentiasa membaca semuanya!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta