Time Price Opportunity (TPO) — sekarang adalah satu jenis carta

Apr 11

Baru-baru ini, kami telah menambahkan satu penunjuk baharu, Time Price Opportunities, untuk membantu anda memvisualkan pergerakan dan penumpuan harga sepanjang tempoh masa. Sekarang kami telah bertindak dan memperkenalkan jenis carta Time Price Opportunity.

Sama seperti penunjuk, carta ini membantu pedagang menyelidiki dinamik perubahan harga sepanjang satu tempoh masa tertentu dan menentukan tingkatan harga dengan aktiviti maksimum dan minimum. Pada carta TPO, pedagang boleh menentukan sasaran harga yang dapat membantu meramalkan pergerakan harga masa hadapan dalam pasaran.

Elemen utama carta adalah profil TPO, terletak pada bahagian kiri, manakala Profil Volum dipaparkan pada bahagian kanan, dengan garisan harga menjadi satu sumber data tambahan.

Setiap profil TPO mewakili satu set tempoh masa harian, mingguan atan bulanan. Anda boleh mengubah kedua-dua kebutiran profil mendatar (masa) dan menegak (harga) dalam tetapan carta.

Untuk setiap kebutiran profil mendatar, saiz blok masa membahagikan setiap tempoh masa adalah penting. Anda boleh memilih satu saiz blok dari lima minit kepada empat jam. Setiap blok masa dilabelkan dengan satu huruf (mulanya huruf besar, kemudiannya huruf kecil jika diperlukan) untuk menyatakan kedudukan dalam tempoh masa. Sebagai contoh, blok “A” muncul untuk setiap tingkatan harga yang terbabit semasa blok masa pertama, blok “B” muncul untuk tingkatan dengan aktiviti harga semasa blok masa kedua dan seterusnya.

Saiz setiap barisan dalam satu profil menentukan kebutiran menegaknya. Carta boleh memilih saiz barisan secara automatik, atau anda boleh memilih bilangan ticks dalam barisan secara manual.

Anda boleh memilih TPO sebagai jenis carta dari menu pada bar alat paling atas.

Anda boleh mengubah pilihan carta dan gaya dengan membuka menu tetapan Carta dan memilih tab Simbol.

Untuk lebih memudahkan, tetapan diwakili dalam kumpulan:

  • Dalam bahagian Garis, anda boleh memilih data yang akan disandarkan pada carta harga dan menentukan warna dan ketebalannya.
  • Bahagian Time Price Opportunity mengandungi parameter profil utama: tempoh masa, blok dan saiz barisan. Anda juga boleh menyesuaikan warna profil dalam bahagian ini.
  • Dalam bahagian Garisan dan Label untuk profil TPO, anda boleh mengaktifkan garisan seperti POC, VAH, VAL, Poor high, Poor low dan Single prints.
  • Dalam bahagian Profil Volum, anda boleh togol kebolehlihatan profil volum dan mengaktifkan pelbagai garisan dan label untuknya.

Jenis carta TPO adalah tersedia untuk semua pengguna dengan langganan Premium dan ke atas.

Kami harap anda mendapati jenis carta baharu ini berguna. Kekal menghantar kepada kami maklum balas anda, kerana ia dapat membantu menambah baik platform.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta