August 25, 2020
Membuat Carta untuk Setiap Kontrak Hadapan Tersenarai AS dari Bursa Intercontinental (ICE)

Kami berusaha untuk menjadikan data kewangan global lebih terbuka dan mudah diakses oleh semua ahli kami. Apabila anda mencipta akaun TradingView, anda dapat mengakses data daripada seluruh dunia. Hari ini, kami bergembira untuk memaklumkan kepada anda tentang kerjasama dengan Bursa Intercontinental (ICE) yang boleh digunakan mulai hari ini.

Hadapan A.S ICE

Semua ahli TradingView boleh membuat carta kontrak hadapan ICE. Hadapan ICE terdiri daripada pelbagai kontrak termasuk indeks pasaran ekuiti, jus oren, emas dan pasangan forex tertentu. Kontrak ini percuma untuk digunakan oleh semua dengan kelewatan 10 minit. Kepada yang memerlukan data masa nyata, langganan tersedia untuk anda. Untuk melihat data baru ini, taip simbol bursa ICEUS : dalam kotak carian.

Hadapan Aset Digital ICE

Apabila ICE melancarkan Bakkt®, mereka mencipta kontrak hadapan matawang kripto yang pertama dengan peraturan dan pemantauan CFTC. Data ini tersedia kepada semua ahli TradingView dalam masa nyata, secara percuma. Buat masa ini, Hadapan Aset Digital ICE hanya terhad kepada hadapan Bitcoin yang boleh anda membuat carta berterusan ( kontrak semasa di depan) atau beberapa bulan lebuh awal, contohnya, memasuki 2021. Taip BTM dalam kotak carian dan cari Bakkt Bitcoin Monthly Futures.

Kami berharap anda menikmati data baru ini dan menggunakannya untuk menambahbaikkan perdagangan, pencartaan , pemahaman anda untuk pasaran global. Ingat – anda boleh mengakses data ini dengan menaip nama bursa ICEUS: dalam kotak carian. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada komuniti kami dan sila menghantar maklum balas anda kepada kami.

Cara terpantas untuk mengikuti pasaran

Lancarkan Carta