Profil Volum: Baru dan ditambahbaik

Apr 21, 2022

Kami tahu sebanyak mana anda menyukai profil volum kami di dalam analisa harian anda kerana kami mendapat banyak maklum balas mengenainya. Terima kasih untuk itu, ia benar-benar membantu membina alatan yang lebih baik — dan di dalam kemaskini terbaru mengenai profil volum ini, kami teruja untuk membawakan anda beberapa penambahbaikan di bahagian yang paling banyak diminta.

Memisahkan sesi-sesi di dalam penunjuk Session Volume Profile (SVP)

Penunjuk Session Volume Profile mempunyai satu input baru, Sesi. Ia menentukan bagaimana penunjuk SVP akan dibina apabila paparan jam lanjutan dijalankan.

Jika ia ditetapkan kepada “Semua” (lalai), penunjuk akan mengambil kira pra pasaran, sesi dagangan utama dan pasca pasaran sebagai satu sesi. Satu profil akan dibina untuk setiap hari dagangan dan ia akan memasukkan volum untuk semua transaksi, bermula dari lilin pertama pra pasaran dan berakhir dengan lilin terakhir pasca pasaran. Ini adalah bagaimana penunjuk bekerja pada jam lanjutan sebelum ini.

Pilihan “Setiap (pra pasaran, pasaran, pasca pasaran)” membenarkan anda untuk membina satu profil volum berbeza untuk setiap bahagian pada sesi hari dagangan, mengambilkira hanya tawaran yang dilakukan pada jangka masa itu. Jika simbol mempunyai jam lanjutan dengan pra pasaran, pasaran, pasca pasaran, penunjuk akan membina tiga profil berbeza untuk setiap hari dagangan.

Dengan pilihan khusus “Pra pasaran”, “Pasaran” dan “Pasca pasaran”, penunjuk hanya akan membina satu profil volum untuk setiap hari dagangan, berdasarkan kepada dagangan untuk jangka masa sesi tertentu.

Tetapan-tetapan ini hendaklah digunakan hanya pada carta-carta dengan jam lanjutan. Jika tiada jam lanjutan pada carta atau jika paparan Jam Lanjutan dihentikan, penunjuk tidak boleh membina satu profil volum untuk pra dan pasca pasaran.

Penunjuk baru: Periodic Volume Profile (PVP)

Penunjuk Periodic Volume Profile membenarkan anda untuk membina profil volum untuk tempoh lebih panjang daripada satu hari dagangan. Prinsip profil dan parameter input untuk PVP adalah sama dengan SVP yang disebut sebelum ini. Penunjuk membina satu profil volum umum untuk setiap tempoh baru, ditetapkan oleh pengguna menerusi parameter input “Tempoh”. Pengganda tempoh adalah ditetapkan di dalam bahagian pertama, dan di dalam tempoh itu sendiri, di mana ia boleh mengambil nilai-nilai ​​”Hari”, “Minggu” atau “Bulan”, adalah ditetapkan di dalam bahagian kedua.

Sebagai contoh, jika anda menetapkan 1 Bulan sebagai parameter input untuk “Tempoh”, kemudian setiap profil volum diplotkan pada carta akan mengandungi volum-volum untuk setiap dagangan dari hari pertama sehingga hari terakhir pada setiap bulan yang tersedia. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai membina profil volum di dalam artikel ini.

Garisan-garisan POC, VAL dan VAH di dalam semua Penunjuk Profil Volum

Untuk semua penunjuk-penunjuk Profil Volum, kami telah menambahkan keupayaan untuk memaparkan sempadan-sempadan atas (VAH) dan bawah (VAL) untuk nilai kawasan di dalam carta. Garisan-garisan ini memberikan satu perwakilan visual yang mudah untuk nilai-nilai sempadan untuk kawasan nilai, di mana N% untuk semua transaksi adalah dilakukan untuk tempoh yang ditentukan. Garisan-garisan Value Area High dan Value Area Low adalah terletak lebih kurang pada had harga yang dibenarkan secara maksimum untuk membuat transaksi beli atau jual untuk N% pedagang-pedagang, di mana N sepadan dengan parameter input.

Untuk PVP, SVP, dan SVP HD, ia adalah dibolehkan untuk memanjangkan garisan Point of Control, Value Area High atau Value Area Low untuk persimpangan mereka dengan bar terdekat, yang menjadikannya lebih mudah untuk mengenalpasti secara visual kerosakan untuk peringkat-peringkat ini.

Fixed Range Volume Profile (FRVP)

Penunjuk Fixed Range Volume Profile sekarang telah mempunyai parameter input Extend Right, di mana ia menyahdayaakan sempadan kanan pengiraan. Apabila anda menambahkan penunjuk ini kepada carta, anda mula-mula menyatakan satu tempoh tetap untuk dua koordinat: permulaan dan pengakhiran profil. Penunjuk adalah kemudiannya dibina berdasarkan kepada data untuk tempoh yang dinyatakan ini sahaja. Parameter input baru Extend Right membenarkan anda meneruskan membina profil, termasuk semua lilin-lilin sejarah dan semua lilin-lilin muncul kepada kanan pada koordinat kedua.

Kami harap anda mendapati penambahbaikan ini berguna. Teruskan berkongsi pendapat anda dengan kami. Kami membina TradingView untuk pengguna-pengguna kami, dan kami suka untuk mendengar apa yang anda fikirkan mengenai ciri-ciri baru kami.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta