ADX — sekarang tersedia secara rasmi di TradingView

Aug 3, 2022

Sertai kami untuk meraikan satu lagi integrasi yang besar — Abu Dhabi Securities Exchange (ADX) sekarang telah membuka pintunya kepada pengguna-pengguna TradingView yang dahagakan data!

Ditubuhkan pada November 2000, pertukaran ini terus berkerja untuk mencapai matlamatnya untuk memperkasakan ekonomi United Arab Emirates (UAE) dan menjadi sebuah pasaran yang inovatif, menarik dan telus. Cuba teka? Mereka telah berjaya — ADX sekarang merupakan pasaran kedua terbesar di Timur Tengah dan menyenaraikan pelbagai jenis sekuriti termasuk ekuiti, ETFs, derivatif, instrumen hutang dan banyak lagi.

Disebabkan ADX berazam untuk membangunkan ekonomi bangsa, ia mempelbagaikan instrumen-instrumen merentasi sektor-sektor besar dan berdaya saing seperti perkhidmatan Perbankan, Tenaga, Telekomunikasi, Kewangan dan lain-lain. Dengan menambahkan peluang-peluang pelaburan baru secara berterusan seperti ETF dan derivatif, memastikan transaksi yang selamat dan tepat dan mewujudkan prinsip-prinsip adil dan wajar untuk melindungi pelabur-pelabur mereka, pertukaran ini memberikan akses kepada pedagang-pedagang yang bersemangat kepada satu pasaran rancak dan berkembang maju. Seperti sedia maklum, UAE mempunyai banyak peluang-peluang — seperti kata-kata lama, tanah mistik budaya dan inovasi ini menawarkan lebih daripada yang kita nampak. 

Data ADX disediakan secara masa nyata pada TradingView atau jika anda meminati widget-widget kami, anda boleh menggunakan mereka untuk memaparkan data tertangguh di laman web anda. 

Sekarang anda telah berkenalan dengan pertukaran ini dan visinya, tiba masanya untuk pergi ke ruang carian simbol kami dan taip awalan “ADX:” — ia akan membenarkan anda melihat semua aset-aset yang ada yang anda boleh pilih: 

Sekarang anda boleh memulakan perjalanan anda. Jaga diri dan selamat berjaya! 

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta