BX Swiss — Ahli Baru dalam Keluarga Data TradingView

Aug 22, 2022

Ada sesuatu yang kami sangat-sangat mahukan untuk berkongsi dengan anda hari ini — kami telah bekerjasama dengan satu lagi pertukaran untuk membekalkan lebih banyak data kepada komuniti TradingView, jadi sila alu-alukan BX Swiss!

Terletak di jantung Alps, Switzerland, sejarah BX Swiss adalah sangat panjang sehingga ke abad ke 19 semasa hidup masih lagi mudah tetapi masyarakat telah merasai keperluan untuk memudahkan dan menaikkan volum transaksi komersial mereka. Pada asalnya aktiviti pertukaran adalah agak sederhana — hanya 1100 transaksi setahun pada awal abad ke 20.

Pada hari ini, ia telah berkembang menjadi satu institusi terkemuka yang boleh menawarkan lebih daripada 20,000 instrumen termasuk 2,623 saham dari 28 negara dan peruntukan kecairan oleh pembuat pasaran seperti Soc Gen, Credit Suisse, Flowbank dan lain-lain. BX Swiss beroperasi di bawah penyeliaan Swiss Financial Market Supervisory Authority (FINMA).

Seperti yang dinyatakan oleh pertukaran itu sendiri, BX Swiss menjadikannya mudah dan kami juga mahu menjadikannya mudah kepada komuniti kami untuk mengakses data paling tepat dan pelbagai. Jadi tanpa membuang masa, taip awalan “BX:” di dalam kawasan carian kami untuk melihat semua aset yang disediakan oleh BX Swiss:

Kami harap data baru ini berguna untuk analisa anda dan menjadikannya lebih canggih. Ingat: belajar, analisa, dagang — ianya adalah satu pelan terbaik yang boleh dipercayai sama seperti mana-mana jam Swiss.

 

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta