August 31, 2020
Penunjuk Pilihan Editor

Perpustakaan Awam TradingView terdiri daripada penunjuk dan strategi yang dibina oleh pelabur dan pedagang dari seluruh dunia. Hari ini, terdapat lebih daripada 100,000 skrip dalam Perpustakaan Awam. Banyak yang tidak dapat dicari di tempat lain. Oleh sebab itu, kami tidak sabra untuk menunjukkan kepada anda Skrip Pilihan Editor kami.

Pilihan Editor ini menunjukkan penunjuk sumber terbuka terbaik yang baru diterbitkan dalam Perpustakaan Awam kami. Mereka dipaparkan di halam utama dan anda boleh mengakses mereka dalam menu “Skrip”. Matlamat kami meningkatkan kesedaran terhadap pemikiran kreatif dan pengekod yang pemurah yang membina penunjuk menarik. Menulis penunjuk atau strategi yang berkuasa dan berguna dalam Pine boleh mengambil beberapa hari, minggu atau bulan. Ini memerlukan kombinasi ilmu perdagangan dan pengaturcaraan.

Jika anda berminat untuk belajar cara membina penunjuk atau strategi anda, pergi ke Bahagian Pemula Manual Pengguna Pine dan mengikuti akaun PineCoders

Tandakan Pilihan Editor untuk Skrip untuk memastikan anda sentiasa mendapat kemas kini terbaru tentang penunjuk terbaik yang baru diterbitkan.

Kami berharap ciri baru ini berguna untuk anda. Kami sentiasa mengalu-alukan maklum balas anda untuk menambah baik platform kami. Kami membina TradingView untuk dan ingin mendengar pendapat anda tentang ciri ini.

Cara terpantas untuk mengikuti pasaran

Lancarkan Carta